Ratu sebenarnya sangat marah kerana mengetahui Doktor Lee (yang pernah mengajar semasa Jang Geum dalam latihan) telah dipecat oleh maharaja. Dr Lee juga mempunyai tali persaudaraan dengan Ratu. Dia juga diberitahu akan Doktor Shin yang pernah memberi diagnosis yang salah kepada salah seorang pegawai kerajaan, maka dia dituduh sebagai doktor tidak berkelayakan. Ratu turut dihasut bahawa Doktor Shin merupakan orang kepada menteri Kanan kerajaan, Menteri Park yang telah mencadangkan agar kos pertahanan negara diambil daripada pendapatan menteri-menteri.Yup, sudah tentu ini dalang Menteri Oh, Puan Choi dan sekutu-sekutu mereka. Maka, Ratu enggan menerima sebarang rawatan. Manakala maharaja enggan menjamah sebarang makanan sehingga bondanya mahu menerima rawatan.
Ratu
Puan Choi dan Menteri Oh yang menjadi dalang
Menteri Park, menteri kanan merangkap guru Min Jung Ho
Maharaja yang mengetahui punca tersebut, kini dalam dilema, sama ada memilih bondanya atau meneruskan cadangan menteri Park, yang juga selari dengan prinsip pemerintahan baginda. Maharaja memutuskan untuk memecat Doktor Shin kerana tidak mahu menjadi anak yang melukakan hati bondanya, meskipun ditegah oleh maharani agar tidak mencampur-adukkan hal peribadi dan hal pentadbiran.
Dr Lee
Dr Shin merayu kepada Ratu
Doktor Shin tidak peduli jika dia dijatuhkan hukuman sekalipun, asalkan Ratu menerima rawatannya, lantaran Ratu mempunyai masalah kesihatan serius yang memerlukannya mengambil ubat secara teratur. Ratu menengking Dr Shin dan menghalaunya keluar daripada kediamannya ketika Doktor Shin merayu agar Ratu menerima rawatan. Jang Geum yang rasa bersalah kerana isu pemecatan Dr Lee berkaitan dengan dirinya, segera melutut dan merayu kepada maharani. Ini sudah tentu dianggap sangat biadap memandangkan Jang Geum berjawatan rendah.
Jang Geum merayu agar Ratu tidak merisikokan nyawa sendiri dan nyawa maharaja. Ratu yang tidak faham dengan kata-kata Jang Geum segera bertanyakan maksud Jang Geum. Jang Geum mengatakan nyawa Ratu dan Maharaja sangat bernilai. Namun perlakuan Ratu yang tidak mahu menerima rawatan sangat merisaukan maharaja. jika Ratu mahu merisikokan nyawa seseorang, biarlah orang tersebut adalah nyawanya (Jang Geum) sendiri. baginda Ratu semakin tertanya-tanya dan meminta penjelasan lanjut. Jang geum menyatakan, Ratu harus menerima untuk menjawab satu soalan teka-teki. Jika Ratu menang, Jang Geum rela memberi nyawanya. Jika Ratu kalah, dia harus sanggup menerima rawatan daripada Dr Shin. Ratu bersetuju.
Soalannya adalah Ratu harus memberikan jawapan, iaitu meneka seseorang berdasarkan pembayang yang diberi. "Dia dalah seorang pakar pemakanan. Malah Raja China yang memulakan lantikan pakar pemakanan bermula daripada orang ini. Orang ini umpama hamba di rumahnya kerana menanggung beban kerja yang lebih daripada seorang hamba. Namun dia juga merupakan guru yang paling dihormati. Sepanjang dia masih hidup, dunia akan rasa selamat. Namun jika dia mati, seluruh negara bagai dilanda badai banjir." jang Geum hanya meberi masa sehari untuk ratu memikirkan jawapan, kerana bimbang akan kesihatan ratu yang tidak menerima rawatan.
teka-teki Jang Geum yang mendapat perhatian ramai
Young Ro mengerah para dayang istana mencari jawapan
Satu istana heboh dengan kejadian ini. masing-masing sibuk mencari jawapan. Ini termasuk Puan Choi sendiri. Tidak terkecuali maharaja dan kakitangan hospital sendiri. Akhirnya Puan Choi mendapat jawapan daripada Geum Young. ia segera dikhabarkan kepada ratu. tetntu sekali dengan harapan Jang Geum dihukum.
Shin Bi tidak puas hati kerana jang Geum merahsiakan jawapan daripadanya
Pada keesokan hari, tibalah hari ratu memberi jawapan. Peliknya, tanpa memberikan sebarang jawapan, Ratu bersetuju untuk menerima rawatan daripada Dr Shin. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya, dan sekali lagi seluruh istana dilanda perasaan tanda tanya. Hal ini sampai kepada maharaja, dan baginda sendiri datang berjumpa bondanya. Maharaja menegur tindakan Jang Geum yang membuatkan bondanya dibebani masalah berfikir mencari jawapan teka-teki tersebut, dan mungkin memburukkan lagi kesihatan ratu.
Ratu menjelaskan, dia tidak berfikir susah sangat kerana Puan Choi telah memberitahu jawapannya, iaitu "ibu' atau diri baginda Ratu sendiri. Ratu meminta jang Geum menjelaskan jawapan tersebut.
Seorang ibu merupakan pakar pemakanan terbaik kerana seorang ibu pasti menjaga makan-minum anaknya dengan baik. Sentiasa mengambil tahu tentang makanan yang baik dan berbahaya untuk kesihatan anaknya. Dia dikatakan seperti hamba kerana sering memikirkan tentang masalah anaknya, malah menanggung segala beban untuk meringankan beban keluarga terutama anaknya sendiri. Namun dalam masa yang sama, seluruh keluarganya pasti menghormati ibu yang sebegini. Kemudian baginda Ratu menyambung, asalkan beliau masih hidup, maharaja akan rasa selamat. Namun jika dia mati, maharaja pasti menangisi pemergiannya.
Justeru, bagaimana dia boleh membiarkan maharaja bimbang dan terbeban dengan kelakuannya. Ratu merasakan Jang Geum agak biadap dengan memberikan teka-teki tersebut. Namun tindakan jang Geum memberinya satu kesedaran. Maharaja turut terkesan akan huraian jawapan tersebut hingga tiada antara mereka yang tahu apa yang patut dilakukan pada Jang Geum meskipun dianggap biadap memandangkan dia baru sahaja memberi satu jalan penyelesaian. Secara halusnya, teka-teki itu sebenar satu teguran buat hubungan ratu dan maharaja. Ratu menerima rawatan yang diberikan. namun, tubuhnya sudah terlalu lemah kerana sudah beberapa hari tidak menjalani rawatan secara teratur.
Yeon Saeng yang terlalu bimbangkan keselamatan jang Geum menunggu sahabat baiknya itu di luar kediaman ratu. dia sangat lega apabila mengetahui ratu sudah mahu menerima rawatan dan jang Geum tidak menerima hukuman. dalam perjalanan balik, Yeon Saeng bertembung dengan Maharaja. Maharaja bertanya kepada Sida Sang San siapakah Yeon Saeng, kerana seperti pernah melihatnya sebelum ini.. (berapa banyak dah gundik maharaja ni sampai tak ingat.........). Yeon Saeong sudah tentu sedih kerana terbukti maharaja terlupa akan kewujudannya.
Satu berita mengejutkan dikhabarkan. Ratu mengalami muntah-muntah yang teruk, hingga mengundang kehadiran maharaja untuk melihat keadaan bondanya.
No comments:
Post a Comment