Secara
ringkasnya, episod kali ini mengenai Jang Geum yang mempunyai diagnosis berbeza
daripada Yuh Ri (dalam tv sebut Yeo
Lee). Berdasarkan diagnosis Jang Geum, maharani mungkin mempunyai anak kembar,
seorang dah keluar hari tu, dan satu lagi masih ada di dalam rahim. Oleh kerana
kaedah rawatan mengikut diagnosis Yuh Ri tidak menunjukkan sebarang perubahan,
Doktor Jung (iaitu ketua Doktor yang merawat maharani) mengambil keputusan
merawat maharani berdasarkan diagnosis Jang Geum dan disokong oleh Prof Shin. Prof
Shin dari unit latihan telah dilantik menjadi doktor peribadi yang merawat
Ratu. Bagaimanapun, Doktor Yoon Soo membantah kerana Yuh Ri lebih berpengalaman
dan Jang Geum hanyalah doktor pelatih.
Shin Bi memberitahu Dr Shin akan perbezaan diagnosis Jang Geum
Dr Yoon Soo yang menentang keras akan diagnosis Jang Geum
Dr Jung yang meyakini diagnosis Jang Geum
Yuh Ri
turut enggan melakukan rawatan akupuntur kepada maharani kerana tidak mahu
meneruskan rawatan yang bukan berdasarkan diagnosisnya. Doktor Jung mengambil
risiko dengan membenarkan Jang Geum mengambil alih dan dibantu oleh Shin Bi. Namun,
selepas 2 hari rawatan, masih tidak menunjukkan sebarang perubahan.
Puan
Min dan Chang yang mengetahui hal ini sangat bimbang kerana ia boleh
membahayakan nyawa Jang Geum sekiranya rawatan tersebut memudaratkan maharani.
Yeon Saeng turut berdoa setiap hari agar maharani segera sembuh agar nyawa Jang
Geum selamat.
Pada
hari ke-3 rawatan, maharaja sendiri yang sudah hilang kesabaran mengambil
keputusan berangkat ke kediaman maharani untuk melihat keadaan itu sendiri,
setelah mendapat tahu maharani mengalami sesak nafas. Tepat pada masanya,
maharani mengalami pendarahan, dan janin kedua yang telah meninggal, keluar
akhirnya. Selepas itu, kesihatan maharani beransur pulih.
Yuh Ri
membuat pengakuan secara terbuka semasa mesyuarat bahawa dia yang terlalu
sombong dan terlalu meyakini diagnosisnya. Dia memohon agar dihukum dengan
dihantar ke hospital umum. Namun para doktor memintanya berhenti menyalahkan
diri. Ini juga berikutan kebolehan merasa nadi adalah kompleks dan sukar untuk
dikuasai. Yuh Ri meminta agar dipindahkan ke bahagian lain dalam istana, kerana
masih mahu dihukum dan tidak senang hati jika dimaafkan begitu sahaja. Pengakuan
terbukanya memberi imej bahawa seolah-olah dia seorang jujur dan merendah diri.
Namun
sebenarnya, ketika berdepan dengan Jang Geum sendirian, Yuh Ri menunjukkan sifat
sebenarnya. Dia memberi amaran kepada Jang Geum bahawa dia tidak boleh
dikalahkan. Yes, sudah tentu jang Geum jadi blurr sekejap.
Puan
Choi semakin risau kerana kejadian itu semakin menipiskan peluang untuk menyingkirkan
Jang Geum dari istana. Min Jung Ho dan gurunya, Menteri Park, telah
mencadangkan kepada maharaja agar kos perbelanjaan untuk pertahanan negara
diambil sedikit daripada pendapatan para menteri, iaitu 1/10 kerana pendapatan
mereka yang agak besar. Ini sangat tidak disenangi oleh Menteri Oh. Puan Choi
juga turut tidak senang kerana ini sedikit sebanyak menjejaskannya.
Masalah
pula muncul dari Ratu yang juga sedang gering.Ratu tiba-tiba enggan dirawat
oleh Doktor Shin. Maharaja dan Maharani datang mengadap Ratu untuk bertanyakan
sebab. Namun Ratu hanya menengking dan memarahi maharaja, iaitu bila kali terakhir maharaja
mengambil berat tentang kesihatan bondanya.
1) Entri sebelum: Jewel In The Palace Episod 35
2) Entri selepas: Jewel InThe Palace Episod 37
3) Ke Halaman senarai episod
2) Entri selepas: Jewel InThe Palace Episod 37
3) Ke Halaman senarai episod
No comments:
Post a Comment