Monday, July 16, 2012

Jewel In The Palace Episod 39


Maaflah sebab lama tak update. Saya dapat sedikit kemalangan hingga menyebabkan mata kiri saya bengkak+merah..Jangankan TV, tengok monitor pun tak boleh, air mata tak berhenti mengalir.Seminggu jugaklah..Bila dah nak sembuh, kena demam pulak 3 hari.

Sekarang ni memang dah tak on track.. Hari ini di TV dah masuk episod 51, maknanya lagi tinggal 3 episod nak tamat. Jadi, aku rasa aku memang tak akan dapat buat recap yang selari dengan TV..minta maaf la yek.. Sekarang ni pulak ada banyak komitmen.

Okey, untuk episod yang seterusnya...

Jang Geum keluar dari dapur selepas dihalau Geum Young, dan menyiapkan hidangan di dapur lain. Geum Young kebetulan turut sedang menyediakan hidangan untuk Maharani. Ketika menghidangkan, Maharani menolak hidangan Geum Young, dan memohon maaf kerana terlupa memberitahu bahawa dia telah meminta Jang Geum menyediakan makanan untuknya.

Geum Young benar-benar tersinggung dan semakin benci akan Jang Geum. Dia segera meminta Yuh Ri berjumpanya dan bersetuju untuk menerima tawaran Yuh Ri untuk menyingkirkan Jang Geum tempoh hari. Yuh Ri berjanji akan melaksanakan tugasnya dan hanya akan memberitahu 'harga' pekerjaan tersebut selepas ia selesai.

Jang Geum balik ke rumah dengan perasaan gembira apabila mengenangkan Maharani yang mulai menyukainya. Na Joo Daek dan Duk Goo menyambut kepulangan Jang Geum dengan hati yang senang. Na Joo Daek sebenarnya begitu risaukan keadaan Jang Geum yang 'tidak sunyi' dari ujian-uijan hidup semenjak dari kecil hinggalah dia kembali semula ke istana sebagai doktor wanita. Apapun, saya paling suka bila Duk Goo sebut nama Jang Geum..=) Tiap kali dia nampak Jang Geum, mesti dia sebut nama Jang Geum dengan penuh kasih sayang.


Yeon Saeng sudah tentu mendapat perhatian kawan-kawan rapatnya; Puan Min, Chang dan Jang Geum pada keesokannya selepas dikunjungi Maharaja setelah sekian lama dilupakan. Lebih menggembirakan apabila Maharaja berjanji akan mengunjungi lagi Yeon saeng pada masa akan datang.. Dan yang paling menyibuk, sudah tentulah Puan Min yang tidak sudah-sudah dengan 'ajaran sesatnya' untuk memikat hati maharaja. haha

Yuh Ri sengaja mengenakan Jang Geum. Dia tidak memberitahu tentang pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan daripada Jang Geum, malah menyuruhnya menggantikan tempatnya untuk merawat Maharani. Ini menimbulkan pandangan negatif di kalangan rakan sekerja; seolah-olah Jang Geum sengaja mengada-ngada hanya mahu merawat maharani yang sudah mula menyukainya, dan tidak mahu melakukan kerja rawatan pada golongan wanita istana. Jang Geum dikenakan tindakan mengemas bilik mesyuarat serta tidak dibenarkan ke tempat maharani.

sekali lagi Yuh Ri mengenakannya, dengan menyembunyikan satu notis penting tentang larangan campuran bahan makanan yang diletakkan di bilik tersebut. Jang Geum dituduh cuai hingga menyebabkan keracunan makanan berlaku. Jang Geum dihantar untuk bertugas di luar. Kebetulan wabak sedang melanda kampung berhampiran.
Yuh Ri yang menggedik dengan Dr Yoon Soo
Jang Geum terpaksa menyertai kumpulan perubatan yang diketuai oleh Dr Yoon Soo untuk menangani wabak di kampung berhampiran. Turut serta, Min Jung Ho sebagai timbalan duta. Dr Yoon Soo yang berpakat dengan Yuh Ri, sengaja merancangkan sesuatu untuk menyingkirkan Jang Geum. Dia sengaja mengupah orang untuk mengaku bahawa Jang Geum (yang bertugas di stor bekalan ubat) telah menyeludup keluar ubatan untuk dijual. Namun, Dr Jo menyelamatkan keadaan, kerana sebenarnya Dr Jo meminta untuk 'switch' tugasan dengan Jang Geum. Mana mungkin Jang Geum menyeludup ubatan sebab yang bertugas di stor pada masa itu adalah Dr Jo.

Yuh Ri dan beberapa doktor wanita yang lain dihantar pula ke kampung berkenaan untuk membantu apabila didapati keadaan wabak semakin teruk. Oleh kerana keadaan tidak terkawal dan dikhuatiri merebak ke istana, pihak kerajaan memutuskan untuk meninggalkan kampung dan membakarnya sebagai usaha terakhir agar wabak tidak berleluasa. Yuh Ri ditugaskan untuk membawa mesej tersebut secara senyap-senyap, kerana kesemua kumpulan perubatan serta pegawai-pegawai kerajaan perlu meninggalkan tempat tersebut sebelum kampung itu dibakar. Yuh Ri bagaimanapun tidak menyampaikan mesej tersebut kepada Jang Geum, malah menyuruhnya ke kampung lain yang agak jauh untuk mendapatkan bekalan ubat.

Jang Geum yang tidak mengetahui akan niat jahat Yuh Ri, segera bergegas mendapatkan bekalan ubatan. Manakala kesemua orang kerajaan sudah mulai berkumpul secara senyap untuk meninggalkan kampung. Ketika kesemua mereka selamat keluar dan kembali ke istana, jalan keluar-masuk kampung telah pun ditutup dan tiada seorang pun dibenarkan masuk dan keluar ke kampung tersebut.

Jang Geum yang baru kembali dari mendapatkan bekalan ubat di kampung berhampiran, rasa hairan kerana mendapati pusat rawatan kosong. Orang kampung juga semuanya berkeadaan panik dan sebilangan besar cuba untuk meninggalkan kampung. Jang Geum bertanya kepada salah seorang penduduk, dan barulah dia mendapat tahu bahawa sebenarnya kesemua pasukan perubatan dan orang kerajaan telah pun meninggalkan kampung berkenaan secara senyap.

Sementara itu, kumpulan terakhir yang terdiri daripada pasukan perubatan dan orang kerajaan telah sampai ke istana. Mereka bakal dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk dihantar ke kampung-kampung lain bagi menangani wabak yang sama. Pada masa ini, Min Jung Ho perasan akan ketiadaan Jang Geum yang sepatutnya bersama-sama pasukan perubatan. Pada masa ini, dia berasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Tanpa menghiraukan keselamatan diri, Min Jung Ho nekad masuk semula ke kampung yang telah ditutup untuk tujuan dibakar bagi menghapuskan wabak. Walaupun dihalang, Min Jung Ho tetap berkeras dan mula mencari Jang Geum di serata kampung.

Akhirnya Jang Geum ditemuinya sedang menangis di sebuah pondok. Jang Geum menyatakan, nasibnya tidak ubah seperti penduduk kampung yang telah ditinggalkan pihak kerajaan; iaitu apabila dia secara sengaja ditinggalkan oleh rakan-rakan sepasukan dalam kumpulan perubatan.

2 comments:

  1. Saya sangat berterima kasih usaha tuan punya blog membuat sinopsis cerita ni. Saya sgt sukakannya. Harap2 dapat la tuan punya blog meneruskan usaha menulis sinopsis cerita ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...lama ter'stop'. baru nak sambung balik. terima kasih sudi membaca.

      Delete