Saturday, June 30, 2012

Jewel In The Palace Episod 35


Pertemuan semula antara Geum Young dan Jang Geum mengejutkan mereka berdua. Geum Young tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa mesyuarat.

 Maharani yang sedang mengandung menghadapi simptom keguguran. Semasa Jang Geum bertugas untuk membantu doktor wanita merawat maharani, maharani telah keguguran menyebabkan suasana menjadi agak panik. Jang Geum bagaimanapun menenangkan maharani. Pada masa ini Puan Choi yang sudah memegang gelaran wanita tertinggi istana (jawatan yang pernah dipegang wanita tertinggi Park) muncul bagi membantu maharani..sebab memang tugas wanita tertinggi ni seperti setiausaha yang begitu rapat dengan maharani dan ratu. Apabila menyedari kehadiran Jang Geum, Puan Choi begitu terganggu dan berulangkali bertanya kenapa Jang Geum ada di situ. Jang Geum bagaimanapun meminta Puan Choi menumpukan perhatian untuk membantu maharani.

 Sebenarnya insiden keguguran ini satu lagi rancangan jahat Puan Choi (berdasarkan reaksi Young Ro selepas Puan Choi keluar). semasa perjumpaan para petugas perubatan, mereka sudah tentu membincangkan strategi terbaik untuk rawatan maharani yang mengalami komplikasi buruk selepas keguguran. Inilah satu lagi watak yang bakal mewarnai hidup Jang Geum sebagai doktor pelatih di istana,Yuh Ri.

 Geum Young yang masih tidak percaya dengan kehadiran Jang Geum, memintanya berjumpa secara bersemuka. Jang Geum memenuhi permintaan itu dan menyatakan, ya memang dia adalah 'Jang Geum' yang pernah dikenalinya sebelum berlalu. Puan Choi dan Geum Young masing-masing bereaksi seperti baru 'nampak hantu'.



 Jang Geum cuba mencari Yeon Saeng, namun wanita-wanita istana yang junior tidak mengenali nama tersebut. (kerana Yeon Saeng telah menjadi gundik maharaja dan menggunakan gelaran lain).  Jang Geum kemudian mencari Puan Min yang telah dipindahkan ke bahagian lain. Puan Min kini bertugas di bahagian air di hospital diraja bersama-sama Chang sekali. Pertemuan semula tersebut sudah tentu sangat mengharukan.



 Puan Min menceritakan bahawa, selepas Jang Geum dihantar ke Pulau Jeju,Wanita Tertinggi Park telah dibuang dari istana atas tuduhan menganjurkan satu jamuan peribadi menggunakan dana kerajaan. Sebenarnya ia adalah komplot jahat yang dirancang Puan Choi. Selepas itu, Puan Choi naik menggantikan Puan Park, dan melantik Geum Young sebagai wanita pertama. Kuasa Keluarga Choi semakin 'mantap' di istana sejak itu. Manakala Puan Min dan Chang dikeluarkan dari dapur diraja dan sering berpindah bahagian selepas itu. Jang Geum bertanyakan hal Yeon Saeng, dan Puan Min memberitahu Yeon Saeng telah diambil oleh maharaja selepas melihatnya bermain dengan anjing milik baginda. Namun, maharaja hanya berjumpanya sekali, dan tidak pernah mengunjungi Yeon Saeng lagi selepas itu.

 Semasa mengunjungi kediaman Yeon Saeng, Jang Geum mendapatinya sedang melakukan upacara doa. Ramai yang menyangka Yeon Saeng berbuat demikian agar maharaja datang mengunjunginya, membuatkan dia dipandang rendah. Sebenarnya Yeon Saeng mendoakan keselamatan Jang Geum dan berharap dapat bertemu kembali.

 Pertemuan semula antara mereka berdua sangatlah menyentuh hati. Yeon Saeng meminta maaf kepada Jang Geum kerana tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantunya, meskipun mempunyai kedudukan yang sepatutnya rapat kepada maharaja.

 Min Jung Ho dan gurunya berusaha mengumpul semula bekas-bekas pegawai kerajaan yang mahir untuk berkhidmat semula dalam pentadbiran. Sudah tentu ini mendapat tentangan hebat daripada Menteri Oh yang cenderung mahukan 'orang-orangnya' berkuasa di istana. Maharaja bagaimanapun bersetuju dengan usul tersebut menyebabkan Menteri Oh mula diserang kebimbangan. Puan Choi apatah lagi, kerana itu boleh mengganggu pengaruh keluarga mereka di istana.

Min Jung Ho dan gurunya mengatur satu perjumpaan untuk menjamu Menteri Oh dan pengikutnya. Mereka sengaja dijamu itik sulfur yang pernah dijadikan bahan untuk menganiaya Puan Han suatu masa dahulu. Ini sebagai satu tanda kepada mereka bahawa pihak Min Jung Ho mengetahui kerja-kerja jahat mereka selama ini, malah dengan jelas menegaskan mereka akan membalas sekiranya mereka 'diserang'. Ini membuatkan Menteri Oh dan pengikutnya terpaksa akur dan tidak bercadang menentang usul yang telah dikemukakan kepada maharaja berkenaan pengambilan bekas pegawai masuk kembali ke dalam kerajaan. Min Jung Ho turut bersemuka secara peribadi dengan Choi Pan Sool, dan memberi amaran agar tidak 'menyentuh' Jang Geum. Kali ini, kelurga Choi benar-benar terpana kerana Jang Geum bukan seorang yang mudah dihapuskan dengan sokongan yang diberikan oleh Min Jung Ho. Ketika Min Jung Ho bertembung dengan Geum Young, dia menyatakan dia tidak berniat untuk mengancam keluarganya, jauh sekali mahu melayan Geum Young dengan buruk begitu.Geum Young seharusnya tahu keadaan yang memaksa Min Jung Ho bertindak sedemikian.
Puan Choi meminta bantuan Doktor Yoon Soo yang kebetulan bertugas sebagai doktor diraja untuk berbuat sesuatu agar Jang Geum disingkirkan dari istana. Doktor Yoon Soo sengaja meletakkan Jang Geum dan Shin Bi di bawah seliaan Doktor Jo Chil Bok, iaitu seorang doktor yang sering melakukan kesilapan. Jika Jang Geum menurut ajaran Doktor Jo yang 'sesat', sudah tentu peluang Jang Geum melakukan rawatan yang salah kepada pesakit boleh berlaku, seterusnya boleh dijadikan alasan untuk menghantar Jang Geum ke hospital umum.
 Jang Geum dan Shin Bi yang turut serta dalam rawatan maharani yang semakin teruk kesihatannya, sedang berbincang di perpustakaan untuk mencari penyelesaian. Jang Geum menyatakan pada Shin Bi ada sesuatu yang tidak kena pada maharani ketika melakukan pemerhatian. Perkara ini didengari Yuh Ri yang bertugas sebagai doktor wanita yang melakukan diagnosis ke atas maharani, lantas bertanya sama ada diagnosisnya bermasalah. Ini kerana dia dikenali sebagai doktor yang sentiasa tepat diagnosisnya, sudah tentu rasa tercabar apabila jang Geum seolah-olah meraguinya. Apatah lagi Jang Geum dan Shin Bi hanyalah doktor pelatih yang baru memulakan tugas di istana.


1) Entri sebelum: Jewel In The Palace Episod 34
2) Entri selepas: Jewel InThe Palace Episod 36
3) Ke Halaman senarai episod

No comments:

Post a Comment