Maharaja sangat gembira
apabila akhirnya anakanda baginda dapat dirawat. Jang Geum diberikan ganjaran.
Duk Goo juga dibebaskan daripada tuduhan memasak sup beracun. Sementara itu,
Wanita Tertinggi Park bakal menyambut harijadi. Sudah menjadi adat, wanita
istana pertama akan memasak hidangan untuk wanita tertinggi, dan turut
diraihkan oleh wanita-wanita istana dari bahagian (department) lain, selain
daripada bahagian dapur.
Oleh kerana Puan Jung
agak uzur, Jang Geum membantu beliau menyediakan makanan. Jang Geum membantu
menambah bahan-bahan perasa ke dalam hidangan. Semasa hidangan itu
dipersembahkan, Wanita Tertinggi Park sangat marah apabila mendapati rasanya
tidak sedap. Dia menuduh Puan Jung sengaja mensabotaj hidangan untuknya,
memandangkan hubungan mereka agak tegang sejak daripada peristiwa Jang Geum dan
Geum Young tempoh hari.
Jang Geum yang mendapat
tahu hal itu, memohon maaf kepada Puan Jung, namun Puan Jung menyatakan ia
bukan masalah hidangan dan Jang geum tidak perlu risau. Ketika mengemas selepas
majlis harijadi selesai, Jang Geum meminta Geum Young mencuba hidangan yang
menjadi punca kemarahan Wanita Tertinggi Park.
(Okey, nampaknya mereka masih
berkawan..memandai je aku buat kesimpulan hari tu..hahaha). rasanya agak masin.
Jang Geum yang tertanya-tanya, segera ke dapur dan mencuba rasa bahan-bahan
yang ada. Dia menyedari lidahnya hilang deria rasa. Dia mendapatkan rawatan
doktor wanita, serta meminjam buku daripada Min Jung Hong agar memahami simptom
yang sedang dihadapinya.
Insiden di hari jadi
Wanita tertinggi Park, memberi idea kepada sekutu-sekutu Puan Choi untuk
menyingkirkan Puan Jung. Apatah lagi bila Puan Choi mendapat tahu Puan Jung
mengalami sakit buah pinggang hingga menjejaskan lututnya. Puan Choi bertindak
pantas dengan memberi hadiah (rasuah) kepada Wanita Tertinggi Park agar dia
cepat-cepat dinaikkan menjadi Wanita Istana Pertama di dapur diraja.
Wanita Tertinggi Park
menghantar utusan kepada Puan Jung dan memberi ‘hint’ bahawa Puan Jung perlu
bersara memandangkan usianya sudah lanjut serta mengalami sakit yang tidak
boleh disembuhkan. Puan Jung bersetuju dan ini membuatkan Puan Choi semakin
galak kerana jawatan itu memang sangat-sangat diimpikan.
Ketika menghidangkan
santapan maharaja, Puan Jung menyatakan hasratnya untuk bersara. Maharaja pada
mulanya membantah, memandang baginda rapat serta amat menyukai Puan Jung yang
sering menghiburnya dengan cerita-cerita menarik. Namun, setelah Puan Jung
menjelaskan kedudukan kesihatannya, maharaja memahaminya. Puan Jung meminta
izin maharaja untuk mengadakan pertandingan di antara Puan Cho dan Puan Han
bagi menggantikan tempatnya kelak.
Wanita Tertinggi Park
sangat marah kerana Puan Jung membuat rancangan tanpa pengetahuannya terlebih
dahulu. Puan Jung telah menerangkan kepada Puan Han bahawa dia berbuat demikian
agar orang yang memegang jawatan itu adalah yang benar-benar berkelayakan dan
bukan melalui penyalah gunaan kuasa. Puan Jung selama ini tidak merestui cara
wanita istana dapur yang menggunakan hidangan untuk tujuan mengejar kuasa dan
kedudukan. Puan Jung berpegang kepada prinsip memasak untuk dihidangkan, bukan
untuk menganiaya orang. Puan Jung sangat berharap Puan Han berusaha untuk
menang kerana hanya Puan han yang memahami prinsip asas etika memasak,
berbanding Puan Choi yang berniat untuk mengaut keuntungan serta bermegah
dengan kedudukan.
Puan Han memanggil Jang
Geum dan memberitahu niatnya untuk menjadikan jang Geum sebagai pewarisnya.
Puan Han berjanji untuk menurunkan segala ilmu dan rahsia yang dia ada, dan
berharap Jang Geum akan berada di sisinya untuk meneruskan perjuangan dan
prinsip Puan Jung pada masa akan datang. Namun, Jang Geum menolaknya, dan
menerangkan bahawa dia telah kehilangan deria rasa walaupun telah 10 hari
menjalani rawatan akupuntur. Seorang tukang masak sudah tentu sangat memerlukan
deria rasa untuk menyediakan hidangan.
Puan Han meyakinkan Jang
Geum untuk berusaha pula mendapatkan rawatan doktor di luar istana. Namun,
selepas berjumpa dengan dua orang doktor, harapan Jang Geum amat tipis untuk
sembuh kerana dos yang diambil semasa menguji ginseng dan minyak buah pelaga
tempoh hari adalah berlebihan hingga merosakkan deria rasanya.
Dalam perjalanan balik ke
istana, mereka singgah membeli ikan daripada penjual ikan yang buta. Walaupun
buta, penjual itu dapat mengenal pasti kualiti ikan hanya melalui sentuhan,
malah mengenali Puan han hanya melalui suara.
Jang Geum benar-benar
tertekan. Kehilangan deria rasa adalah satu mimpi ngeri pada mana-mana tukang
masak. Jang Geum yang putus harapan, mencapai semua bahan-bahan dapur,
daun-daun, termasuk air panas dan disumbat ke mulutnya kerana benar-benar
kecewa.
(part ni memang sedih sangat! ) Puan han yang menyaksikan kejadian itu, turut menangis. Ketika Puan han kembali ke bilik, dia teringat akan penjual ikan yang mampu membezakan ikan yang segar walaupun buta.
(part ni memang sedih sangat! ) Puan han yang menyaksikan kejadian itu, turut menangis. Ketika Puan han kembali ke bilik, dia teringat akan penjual ikan yang mampu membezakan ikan yang segar walaupun buta.
Puan Jung mengarahkan
Puan Han dan Puan Choi untuk memilih pembantu yang bakal menolong mereka
sepanjang pertandingan. Puan Choi memilih Geum Young. Puan Han pula tetap
memilih Jang geum meskipun tahu akan masalah deria rasanya.
1) Entri sebelum: Jewel In The Palace Episod 11
2) Entri selepas: Jewel InThe Palace Episod 13
3) Ke Halaman senarai episod
No comments:
Post a Comment