Wednesday, June 20, 2012

Jewel In The Palace Episod 6

Sebelum bercerita lebih panjang, mari kita mengenali watak-watak yang sudah bertukar wajah.

Jang Geum masih dengan perangainya yang agak sedikit ‘huru-hara’ dan kadangkala melanggar peraturan. Dia masih dengan latihan Puan Han yang membuatnya lebih banyak bereksperimentasi berbanding GeumYoung yang sudah lama diajar memasak secara rutin.

Istana sedang dilanda masalah Puteri yang tidak mahu menjamah sebarang makanan. Geum Young mendapat idea untuk meletakkan arang ke dalam bubur santapan Puteri setelah melihat eksperimen Jang Geum berkenaan penggunaan arang pada sos soya. arang tersebut berjaya menyahbau pelik yang tidak disukai oleh tuan puteri. 
Tidak berapa lama kemudian, satu berita disampaikan...Kerajaan Ming bakal berkunjung ke istana dan telah menghadiahkan seekor burung kuang emas. Puan Choi ditugaskan untuk memasak burung berkenaan, dan Geum Young ditugaskan untuk menjaga burung tersebut di reban diraja sehingga masa untuk dimasak.

Namun, atas kecuaian....

Ya, sudah tentu burung ini terlepas. Dan, Geum Young..silalah panik. =p

Oleh kerana terlalu panik, Geum Young bertekad keluar istana tanpa pengetahuan Puan Choi untuk meminta bantuan pakciknya, Choi Pan Sool bagi mendapatkan burung kuang emas yang baru. Ketika hampir-hampir ditangkap semasa menyelinap keluar, Jang Geum datang menyelamatkannya. Geum Young terharu dengan kehadiran Jang Geum yang berniat mahu menolongnya mencari burung kuang emas. Mereka berjaya meloloskan diri melalui pintu pagar belakang istana yang terbuka.

Geum Young meminta bantuan pakciknya, manakala Jang Geum meminta bantuan bapa angkatnya, Duk Goo. Mereka berdua berpecah dan berjanji akan bertemu di rumah Choi Pan Sool sebelum jam 7 petang, kerana mereka perlu masuk ke istana sebelum jam 9 malam.

Oleh kerana burung kuang emas merupakan haiwan yang sukar diperolehi, Jang Geum terpaksa menunggu seorang saudagar yang hanya berlabuh di pelabuhan pada jam 5 petang. Sementara itu, Jang Geum bersiar-siar di pekan, dan secara tidak sengaja seorang pengawal telah salah anggap bahawa dia adalah seorang perisik.

Jang Geum bagaimanapun diselamatkan seorang pegawai yang kacak, Min Jung Ho.


Ini merupakan pertemuan pertama mereka, namun masih tidak bertanya akan nama antara satu dengan lain.

Sementara itu, Puan Han dan Puan Choi sibuk mencari mereka berdua. Sudah tentu Yeon Saeng menjadi mangsa pertanyaan. Dan sudah tentu juga dia tidak mampu menyimpan rahsia.


Wanita Istana Pertama, Puan Jung mengarahkan Puan Choi keluar istana mencari burung kuang emas serta membawa Jang Geum dan Geum Young balik secara rahsia kerana tidak mahu menimbulkan kekecohan.

Pakcik Geum Young berhasil mendapatkan burung kuang emas, namun Geum Young enggan mengikut Puan Choi balik sehinggalah Jang Geum datang. Jang Geum pula, selepas berjaya mendapatkan burung kuang emas di pelabuhan, dia melalui sebuah hutan untuk sampai ke rumah pakcik Geum Young. Dalam perjalanan, dia ternampak satu pertempuran antara Min Jung Ho dan sekumpulan musuh.

Min Jung Ho telah terkena balingan pisau beracun dan jatuh terjelupuk kerana kesan racun tersebut. Setelah kesemua musuh beredar, Jang Geum mendapatkannya. Oleh kerana kecederaan Min Jung Ho agak parah, Jang Geum mengambil keputusan memberi rawatan kecemasan dengan menggunakan herba yang tumbuh di kawasan sekitar. Namun ini membuatkan Jang Geum menggunakan terlalu banyak masa. Semasa membalut luka Min Jung Ho, Jang Geum tercicir pisau pemberian ayahnya.

Semasa melakukan rawatan, wajah Min Jung Ho tertutup oleh topinya dan dalam keadaan pengsan. Maka, Jang Geum dan Min Jung Ho tidak melihat wajah antara satu sama lain.

Geum Young dan Puan Choi terpaksa beredar kerana masa sudah terlalu lewat. Jang Geum yang tiba lewat tidak dapat memasuki kawasan istana kerana dikawal rapi. Dia cuba masuk melalui pagar belakang namun telah dikunci.

1) Entri sebelum: Jewel In The Palace Episod 5
2) Entri selepas: Jewel InThe Palace Episod 7
3) Ke Halaman senarai episod

No comments:

Post a Comment