Jang Geum juga mula memahami
tindakan tegas Puan Han ke atasnya. Duk Goo muncul memberikan buku nota Jang
Geum yang tertinggal, dan Min Jung Ho ternampak berus Jang Geum yang masih
bermata besar.
Geum Young meninggalkan
kawasan tokong dan membawa dirinya di sekitar pekan. Dia ternampak Min Jung Ho
dan berkira-kira mahu menegurnya, namun rasa kecewa apabila mendapati Min Jung
Ho membelikan berus untuk Jang Geum. Min Jung Ho menghadiahkan berus tersebut
kepada Jang Geum dengan menyatakan itu adalah salah satu miliknya (tak nak
bagitahu berus barulah tu..).
Pengasuh maharani akhirnya
meninggal dunia. Sebelum Jang Geum berangkat pergi, penjaga tokong menunjukkan
sesuatu kepada Jang Geum. Dia menyatakan dia sudah biasa memasak menggunakan
campuran ikan bilis, cendawan dan beberapa lagi ramuan, dan bertanya adakah itu
dianggap sebagai resipi rahsia? Jang Geum sudah tentu teruja kerana sememangnya
ramuan itulah yang memberi rasa istimewa.
Soalan bagi pusingan pertandingan
yang seterusnya telah diputuskan iaitu makanan laut segar yang boleh dimakan
sepanjang tahun (4 musim). Puan Choi dan Puan Han ke luar istana bagi mencari
bahan-bahan. Sudah tentu Puan Choi meminta bantuan abangnya, iaitu ikan laut
yang dibawa hidup-hidup menggunakan tangki air. Manakala Puan Han cuba mencari
idea di sekitar pasar ikan.
Malam itu, seorang
penceroboh telah masuk ke kawasan kediaman wanita istana hingga memaksa
pengawal istana melakukan pemeriksaan mengejut. Penceroboh itu bersembunyi di
bilik Puan Choi, dan barang-barang di biliknya berselerak ketika proses
pemeriksaan. Puan Jung mengarahkan Yeon Saeng, Chang dan Young Ro untuk
mengemas bilik Puan Choi sebelum Puan Choi balik. Pada masa ini, Puan Jung
ternampak journal warisan wanita istana pertama yang sepatutnya diturunkan
kepadanya. Dia berasa agak marah kerana journal itu berada di tangan Puan Choi.
Secara senyap, Puan Jung mengambil buku tersebut.
Jang Geum kembali ke
dapur istana, namun puan Han masih bersikap dingin terhadapnya. Ketika berada
di dapur, jang Geum cuba berborak dengan Geum Young, namun Geum Young mula
bersikap tidak mesra dengannya. Rupanya kemesraan Jang geum dengan Min Jung Ho
telah membibitkan rasa cemburu di hati geum Young...faham-fahamlah kalau
perempuan rasa cemburu. =p
Geum Young meminta
journal yang pernah ditunjukkan Puan Choi kepadanya dengan azam untuk
mempelajari ilmu dengan tekun. Pada masa ini, Puan Choi mendapati journal
tersebut sudah tiada dalam simpanannya. Selepas bertanya kepada Young Ro, Puan
Choi dapat mengagak journal tersebut telah diambil oleh Puan Jung. Sudah tentu
ini membuatnya panik sekejap. Puan Choi mengadukan hal tersebut kepada Wanita
Tertinggi Park.
Hubungan Jang Geum dan
Puan Han masih dingin. Jang Geum meminta Yeon Saeng bertanyakan hal
pertandingan kepada Puan Han, namun Puan Han sebaliknya menyergahnya membuatkan
Yeon Saeng kembali mendapatkan jang Geum. Mereka berdua cuba mengintai bahan
yang disimpan Puan han di dalam salah sebuah bekas, dan mendapatinya sudah
busuk. Jang Geum risau kalau-kalau Puan Han berputus asa. Jang Geum cuba mencari
Duk Goo untuk mendapatkan idea untuk membantu Puan Han.
Sementara itu, Duk Goo
sedang cuba bertanyakan Min Jung Ho jika dia boleh membekalkan arak kepada
tenteranya, namun agak takut. Dia cuba menyenangkan hati Min Jung Ho dengan
memberinya azimat dan ginseng (yang sudah tentu palsu). Min Jung Ho yang rimas
dengan Duk Goo yang tidak henti-henti mengganggunya sudah tentu memarahinya.
Duk Goo cuba pula menawarkan untuk memperkenalkannya kepada pelayan wanita di
sebuah rumah pelacuran. Min Jung Ho semakin berang hingga akhirnya Duk Goo
berterus-terang sebenarnya dia cuma mahu bertanya jika boleh membekalkan arak
kepada tenteranya. Kebetulan pada masa ini, Jang Geum muncul. Nampak sahaja
Jang Geum, boleh pulak si Min Jung Ho berlembut sedikit dan menyuruh Duk Goo
membekalkan arak ke rumahnya. Hihi
Puan Han menunjukkan
sesuatu kepada Jang Geum, rupa-rupanya dia sudah menemui hidupan laut yang
boleh dimakan sepanjang tahun. Malah Puan Han tampak begitu berkeyakinan untuk
menang. Akhirnya kemesraan antara mereka mulai pulih.
Puan Han menerangkan
kepada Jang Geum agar hatinya tidak terlalu cepat berubah mengikut
persekitaran. Pendirian kena tetap terutamanya pada waktu kecemasan yang boleh
mempengaruhi sesiapa untuk cenderung tersilap langkah. Jang Geum akur kepada
kata-kata Puan Han. Jang Geum turut mengatakan Puan Han tidak ubah seperti
mendiang ibunya.
Wanita Tertinggi Park dan
Puan Choi berjumpa dengan Puan Jung untuk memohon maaf kepadanya berhubung
journal yang tidak diturunkan kepadanya. Puan Choi sedia mengaku kalah untuk
pertandingan seterusnya asalkan perkara itu tidak didedahkan kepada pihak
istana. Puan Jung sebaliknya tidak melayan permintaan mereka.
Choi Pan Sool membawa
berita buruk, iaitu tiada seekor pun ikan yang dibawanya hidup. Ini sudah tentu
membimbangkan Puan Choi memandangkan esok adalah hari pertandingan, dan dia
langsung tiada apa untuk dipersembahkan.
Ketika Puan Choi dan
Wanita Tertinggi Park buntu mencari penyelesaian, Sida Sang San muncul dengan
berita gempar. Beberapa kakitangan istana telah dijangkiti penyakit berjangkit
dan perlu dibawa keluar dari istana sehinggalah mereka sembuh kerana risau ia
akan membahayakan kesihatan maharaja. Ini memberi idea kepada Puan Choi dan
Wanita Tertinggi Park. Semasa proses membawa kesemua yang dijangkiti, mereka
mengarahkan agar Puan Jung dibawa keluar sekali dengan mengatakan beliau turut
dijangkiti sakit berkenaan.
1) Entri sebelum: Jewel In The Palace Episod 16
2) Entri selepas: Jewel InThe Palace Episod
18
3) Ke Halaman senarai episod
3) Ke Halaman senarai episod
No comments:
Post a Comment