Hari pertandingan yang
dikendalikan oleh Puan Choi tiba. Jang Geum sangat terkejut apabila mengetahui
siapa sebenarnya Geum Young. Geum Yong meminta Puan Choi agar menukar soalan
pertandingan kerana ‘cakap-cakap belakang’ seperti yang diceritakan Jang Geum.
Tugasan pertandingan yang dicadangkan adalah memasukkan batang halus/jejarum ke
dalam kekacang dan dilakukan dalam keadaan gelap.
Puan Choi bersetuju.
Rakan-rakan satu batch Geum Young yang lain berasa gembira kerana selama ini Geum
Young tidak pernah melakukan perkara-perkara asas sebegitu dan ditumpukan untuk
belajar memasak.
Seusai ujian, Puan Choi
memeriksa hasil setiap daripada mereka. Rata-rata tidak berjaya melakukannya
walau satu, ada yang cuma 1 dan paling banyak pun 4. Namun, apabila tiba giliran
Jang Geum, Puan Choi kagum kerana dia berjaya menyiapkan 8 batang, dan seperti
yang dijangka Geum Young adalah pemenang, iaitu 20 batang. Kemenangan itu
membuktikan sememangnya bakat dan kepandaian Geum Young adalah satu tahap lebih
tinggi berbanding mereka yang lain, sebab itulah dia sentiasa memenangi
sebarang pertandingan. Puan Choi sangat berang akan ‘cakap-cakap belakang’ yang
dilemparkan kepada anak saudaranya itu, apatah lagi membabitkan dirinya yang
kononnya pilih kasih dalam memenangkan Geum Young.
Hadiah pertandingan
tersebut adalah 3 hari cuti, namun ditolak Geum Young dan diberikan kepada
pemenang kedua, yakni Jang Geum. Jang Geum pula menyatakanbahawa Geum Young lah
yang mengajarkan teknik menggunakan deria sentuhan untuk tugasan tersebut apabila
Puan Choi menanyakannya. Ini memekarkan lagi perasaan bangga Choi terhadap Geum
Young, dan dipuji melambung anak buahnya itu sebagai seorang berhati baik.
(menyampah!) Tapi Jang geum pun baik apa....sebab hadiah cuti 3 hari itu
diberinya pula kepada Yeon Saeng bagi membolehkannya melawat ibunya yang sedang
sakit.
Oleh kerana Jang Geum
dianggap berkawan dengan Geum Young yang memang selama ini disisihkan oleh
rakan-rakan satu batch dengannya atas perasaan iri hati terhadap bakatnya, mula
dipulaukan. Hanya Yeon Saeng yang sudi berkawan dengannya. Jang Geum cuba
menjauhi Geum Young kerana mahu memulihkan hubungannya dengan rakan-rakan yang
lain. Sebaliknya Geum Young mahu berkawan dengannya. Kesian pula dengan Geum
Young ni, sebab dia memang tiada seorang pun kawan.
Duk Goo, bapa angkat Jang Guem sebenarnya bukan sahaja
membekalkan arak di istana. Dia juga merupakan tukang masak lelaki yang sering
menjadi rujukan pihak dapur istana di atas pengalamannya yang luas, walaupun
kadang-kadang dia ni lebih banyak auta berbanding fakta..haha. suatu hari,
kebetulan sekeluarga Duk Goo berada di istana, Puan Choi yang kebetulan lalu
bertanyakan sesuatu kepada isteri Duk Goo.
Rupa-rupanya dia masih
cuba mencari Ming Yi, dan bertanyakan andai Naa Joo Daek pernah mendengar nama
itu atau mungkin pernah disebut Duk Goo. Namun Na Joo Daek tidak tahu. Ketika
itu Puan Choi teringat akan maklumat yang disampaikan Bi Tou tentang Jang Geum
yang dikatakan serupa dengan wajah anak Ming Yi. Na Joo Daek yang tidak sedap
hati segera mengatakan bahawa Jang Geum adalah anak kepada sepupunya. Walaupun
Na Joo Daek ni mata duitan dan kuat berleter, hati dia memang baik. Jang Geum
begitu dilindunginya. Maka, buat masa itu, jang Geum selamat lagi walaupun Puan
Choi mengesyaki sesuatu.
Wanita Istana Pertama
sedang uzur, dan ini memaksa Puan Choi menyeludup masuk seorang doktor untuk
memeriksa makciknya itu. Ini kerana, jika menggunakan khidmat doktor istana,
sudah tentu berita keuzurannya sampai ke pihak atasan. Sudah menjadi peraturan
setiap wanita istana yang uzur, perlu meninggalkan istana kerana mereka tidak
dibenarkan mati di dalam kawasan istana jika sakit mereka bertambah kronik.
Jika ini berlaku, sudah tentu jawatan Wanita Istana Pertama akan diberikan
kepada orang lain, sedangkan sudah 5 generasi jawatan itu dipegang oleh
keluarga Choi. Puan Choi pada masa ini masih terlalu muda untuk menggantikan
makciknya.
Apapun, malang sekali
kehadiran doktor di kawasan kediaman wanita istana disedari, sekaligus keuzuran
wanita Istana Pertama diketahui. Wanita Tertinggi Park Yong Shin (Wanita tertinggi dari Pejabat Setiausaha) yang juga merupakan rakan sekutu keluarga Choi memutuskan untuk
memilih Puan Jung untuk memegang jawatan Wanita Istana Pertama. Mereka
beranggapan Puan Jung adalah seorang yang tidak berkaliber dan boleh dijadikan
boneka sehingga tiba saat Puan Choi sesuai untuk dinaikkan untuk
menggantikannya.
Puan Jung yang sudah
lebih 10 tahun bertugas di bahagian penyediaan sos, tidaklah selemah yang
disangka. Pada hari pertama perlantikannya, dia sudah menunjukkan bakat
memasaknya, walaupun sudah lama tidak membuat kerja-kerja sebegitu, malah
maharaja menggemari masakannya. Ketika jamuan bersama-sama seluruh wanita
istana, Puan Jung berasa pelik bila mendapati Geum Young duduk di bahagian tinggi,
setaraf dengan wanita-wanita istana yang berpangkat lebih tinggi seperti Puan
Choi dan Puan Han. Puan Choi menyatakan, Geum Young diberikan kedudukan
istimewa duduk di sebelah Wanita Istana Pertama kerana bakatnya yang mampu menghuraikan
bahan-bahan terkandung dalam masakan hanya dengan merasainya, malah sering
diberi penghormatan untuk memberi komentar pada maskaan yang dihidangkan.
Puan Jung yang kurang
menyenangi hal itu segera bertanyakan satu jenis masakan. Geum Young dengan
‘cemerlang’nya menghuraikan bahan-bahan yang digunakan. Namun Puan Jung tidak
berpuas hati dan bertanyakan pendapat wanita-wanita istana yang lain. Pada masa
inilah, Jang Geum berkata salah satu bahan yang tidak disebut adalah buah
pisang kaki. Puan Jung rasa kagum kerana Jang Geum boleh merasainya dan memuji
bahawa Jang Geum dilahirkan dengan kebolehan semulajadi.
Puan Jung menyatakan
prinsip bahawa setiap individu ada kebolehan memasak berbeza, maka setiap
mereka harus belajar satu sama lain walaupun mungkin daripada yang lebih
junior. Puan Jung juga akan menilai mereka berdasarkan kebolehan, dan bukannya
pengalaman atau pengaruh kuasa. Dia sempat berbisik kepada Geum Young, pada
masa akan datang, dia perlu duduk bersama-sama rakan-rakannya yang lain, serta
belajar bersama-sama mereka. Pendek kata, sudah tiada kedudukan istimewa
untuknya sebagaimana di zaman wanita Istana Pertama sebelumnya.
Puan Choi dan Geum Young
menerima tamparan yang sangat hebat, kerana tidak menyangka Puan Jung bukanlah
selemah seperti yang disangka. Niat untuk menjadikannya boneka, tidak mungkin
terlaksana. Impiannya menggantikan jawatan Wanita Istana Pertama, nampaknya
semakin sukar.
Puan Han melatih Jang
Geum dengan cara yang begitu sukar, namun dapat ditangani Jang Geum. Jang Geum
belajar lebih kepada teknik praktikal, termasuklah mencari 100 jenis
herba/sayur dalam masa 100 hari. Dia juga merasai setiap jenis makanan dan
membezakan rasa semulajadi yang berlainan. Cara didikan Puan Han juga lebih kepada penggunaan bahan masakan yang asas serta gabungan rasa hanya melalui bahan-bahan semulajadi yang biasa didapati. Manakala Geum Young lebih kepada
ilmu resepi rahsia turun-temurun yang disampaikan oleh Puan Choi, serta dibekalkan dengan ilmu pengetahuan tentang rempah-ratus yang berkualiti. Cara belajar mereka
berbeza, namun punya kelebihan tersendiri masing-masing.
Dan, mereka semakin
meningkat dewasa...
1) Entri sebelum: Jewel In The Palace Episod 4
2) Entri selepas: Jewel InThe Palace Episod 6
3) Ke Halaman senarai episod
2) Entri selepas: Jewel InThe Palace Episod 6
3) Ke Halaman senarai episod
No comments:
Post a Comment