Monday, June 18, 2012

Jewel In The Palace Episod 4


*Mulai Episod ini, saya bahasakan:
 Han Baek Yong sebagai Puan Han.
Choi Sung Geum sebagai Puan Choi. 
Sebabnya? Mereka berdua ni ada kedudukan dan terror di dapur diraja.

Masalah besar beb...  Jang Geum dan Yeon Saeng ‘ditangkap’ oleh Puan Han dan Min Mi Geum.


Mereka terlanggar santapan maharaja dan menjatuhkannya. Santapan Maharaja rosak. Bubur unta tu...

Dan sila panik Cik Min Mi Geum (Cik Min). Hahaha.

Nasib baiklah Puan Han cool,

 dan segera mengarahkan Cik Min mencari sesuatu untuk dimasak bagi menggantikan santapan yang telah rosak. Namun, oleh kerana sudah lewat malam, dapur bahan masakan telah berkunci. Apa yang ditemui Cik Min hanyalah sebakul halia dan buah lotus.

Dan sekali lagi...sila panik Cik Min. ^___^

Dengan bantuan Jang Geum dan Yeon Saeng, Cik Min mula mengupas kulit halia dan buah lotus. Jang Geum sangat kagum melihat kebolehan Puan Han menyediakan makanan hanya menggunakan bahan mentah yang terhad.

Sampai ternganga-nganga Jang Geum dibuatnya. Tapi, Yeon Saeng sentiasa buat muka menangis.

Puan Han yang kreatif telah memasak ‘telur halia’ bersama sup lotus. Maharaja yang agak kecewa apabila mengetahui santapannya, mula berasa kagum selepas mencubanya. Ternyata kebolehan Puan Han begitu hebat sehingga membuatkan Maharaja menyukai santapan malam itu, walaupun sebelum ini maharaja langsung tidak menyukai halia.

Berbalik kepada Jang Geum dan Yeon Saeng, sudah tentu Puan Han bengang dengan mereka berdua kerana menceroboh tempat yang tidak sepatutnya pada waktu lewat begitu, apatah lagi setelah mengetahui mereka berdua sebenarnya masih dalam latihan. Puan Han mengarahkan Cik Min mengunci mereka di dalam bilik stor sebelum membuat laporan.

Ketika inilah Jang Geum perasan sebenarnya Yeon Saeng mengalami kecederaan. Patutlah dari tadi dia buat muka menangis. Walaupun jang Geum merayu kepada Cik Min dari dalam stor agar melepaskan Yeon Saeng agar dirawat, namun Cik Min buat dek saja. Mungkin dia beranggapan budak-budak tersebut cuma memberi alasan agar dibebaskan.

Keesokkan hari, gempar bahagian unit latihan wanita istana apabila mereka mendapati Jang Geum dan Yeon Saeng hilang. Jurulatih berasa bimbang bercampur geram kerana mengenangkan Jang Geum yang diambil untuk direkrut bukan melalui proses biasa, tetapi melalui arahan istimewa. Sudah tentu melalui arahan maharaja yang disampaikan oleh wanita istana yang ditemui Jang Geum.

Puan Han dan Cik Min yang menyedari Jang Geum dan Yeon Saeng masih terkurung di bilik stor, kelam kabut mendapatkan mereka. Puan Han terkejut apabila mendapati Yeon Saeng sebenarnya mengalami kecederaan. Namun, pada masa ini dia mendapati Jang Geum bukan sekadar budak biasa, kerana  mampu mengenali herba yang sesuai untuk mengubati luka Yeon Saeng. Pada masa ini juga, Puan Han mendapati Jang Geum adalah anak angkat kepada Duk Goo.

Jang Geum dihukum rotan oleh jurulatihnya, manakala Yeon Saeng tidak dihukum selepas Jang Geum menjelaskan bahawa hanya dia yang bersalah dalam hal itu. Jang geum juga tidak dibenarkan masuk kelas untuk belajar, dan diarahkan untuk membuat kerja-kerja membersih di luar kelas.

Yeon Saeng yang baik hati, selalu membukakan pintu kelas agar Jang Geum yang berada di luar boleh mendengar ajaran yang disampaikan, namun Young Ro selalu menutupnya! Dengki betul budak ni..
Sementara itu, Choi Pan Sool telah memberitahu Puan Choi bahawa Menteri Oh merupakan rakan sekutu mereka yang membawa masa depan cerah kepada pengaruh keluarga mereka pada masa akan datang. Mari berkenalan dengan Menteri Oh, iaitu salah seorang penasihat Maharaja.


Dia ni bakal membawa banyak kesan pada perjalanan hidup Jang Geum di masa akan datang.

Choi pan Sool juga menyampaikan maklumat daripada pembunuh upahan yang pernah diupah untuk mengawasi Jang Geum semasa menghantar arak kepada Maharaja Jung Jong tempoh hari. Pembunuh upahan itu, Bi Tou (kadang-kadang disebut Pitu atau Pildoo), mengatakan anak Ming Yi telah menjadi wanita istana. Ini kerana dia pernah melihat mereka ketika melakukan serangan yang menyebabkan kecederaan di dada kiri Ming Yi 2 tahun yang lepas. Maklumlah, pembunuh upahan... mesti matanya sangat tajam.

Namun, Puan Choi berasa perkara itu tidak mungkin, kerana yang pernah dia lihat bersama-sama Ming Yi adalah anak lelaki. (ketika jang Geum dalam penyamaran). Mana mungkin seorang budak lelaki menjadi wanita istana! Maka, mereka hanya menganggap Bi Tou hanya terkeliru. Alhamdulillah, selamat sekejap si Jang Geum daripada mereka ni.. hihi.

Dalam pada itu, Jang Geum tidak dibenarkan mengambil ujian, namun setelah merayu jurulatihnya berjanji memberinya peluang seandainya Jang Geum sanggup memegang sebekas air sepanjang malam hingga habis ujian, dengan syarat air itu tidak tumpah dan Jang Geum harus bertahan.

Pada hari ujian, jurulatihnya masih berniat tidak mahu memberinya peluang, namun Puan Han yang peka dengan bilangan calon segera membangkitkan bahawa ada satu calon lagi belum diuji. Wanita Tertinggi dari Pejabat Setiausaha, Park Yong Shin yang bertindak sebagai penguji bertanyakan hal tersebut, dan memberi peluang kepada Jang Geum untuk menjalani ujian. Namun, dia sengaja memberi soalan-soalan yang sukar dengan niat untuk menggagalkan Jang Geum.

Di luar jangkaan, Jang Geum berjaya menjawab kesemua soalan dengan tepat. Ini menimbulkan rasa kagum pada Puan Han dan Puan Choi. Jurulatihnya pula tumpang bangga...kiranya macam excellent lah dia melatih si Jang Geum ni. Wanita Tertinggi Park menyerahkan Jang Geum ke bawah jagaan Puan Han untuk diasuh sebagai wanita istana.
Puan Han yang masih tercari-cari akan Ming Yi, sama sekali tidak menyedari bahawa Jang Geum merupakan anak kepada sahabat baiknya itu. Demikian juga Jang Geum, dia tidak tahu bahawa Puan Han adalah sahabat baik kepada mendiang ibunya.

Puan Han bertanya kepada Jang Geum kenapa dia begitu bersungguh-sungguh mahu menjadi wanita istana. Jang Geum menjawab sebab dia mahu menjadi Wanita Istana Pertama. Wah, maunya tak meluat Puan Han dengar...taulah terror jawab soalan exam tadi. Kecik-kecik dah 'gila kuasa', hihihi. Puan Han sengaja menguji Jang Geum dengan menyuruhnya mengambil sebekas air berkali-kali. Benganglah juga Jang Geum dibuatnya, sebab setiap air yang dibawakannya, pasti ditolak oleh Puan Han dan akan disuruhnya pula membawakannya air yang lain. Pagi petang siang malam Jang Geum 'didera' dengan permintaan pelik Puan Han.

Sementara itu, Wanita Pertama mengadakan mesyuarat dengan wanita istana senior tentang cuaca buruk yang sedang melanda, iaitu hujan yang bercampur dengan debu tebal hingga membentuk hujan lumpur. Pada masa yang sama, Jang Geum dibuli oleh kakak-kakak seniornya membasuh pinggan mangkuk yang banyak.

Keadaan menjadi kecoh satu pagi apabila kesemua makanan di dapur diraja dan tempat-tempat lain rosak. Setelah melakukan pemeriksaan, hanya satu tempat sahaja yang tidak rosak makanannya, iaitu di mana tempat Jang Geum ditugaskan membasuh pinggan mangkuk dan peralatan.Jang Geum yang perasan air telaga dicemari oleh hujan lumpur, telah memasak air tersebut terlebih dahulu sebelum menggunakannya untuk membasuh pinggan, sebagaimana yang dipelajari daripada ibunya. Ini menyebabkan peralatan yang dibasuhnya tidak dicemari bakteria daripada hujan lumpur seterusnya mengelakkan makanan daripada cepat rosak. Pengetahuannya sekali lagi menarik perhatian Puan Han dan Puan Choi.

Jang Geum akhirnya tahu akan air yang dikehendaki oleh Puan Han, iaitu air yang sesuai untuk sakit tekak. Pada masa itulah Puan Han menjelaskan ajarannya yang pertama, iaitu Jang Geum harus mengambil tahu secara terperinci sebelum membuat apa-apa. Apabila menyediakan makanan, haruslah makanan itu sesuai dan selamat dimakan oleh pemakannya. Puan Han begitu mengagumi sesiapa pun ibu kepada Jang Geum kerana berjaya mengasuh Jang Geum mengenali prinsip-prinsip asas dalam memasak.

Di kelas, Jang Geum dan Yeon Saeng sengaja dibuli kakak-kakak seniornya melakukan tugasan sukar, iaitu memasukkan batang halus ke dalam kekacang. Semasa menyiapkan tugasan ini hingga lewat malam, Jang Geum sekali lagi bertemu dengan Geum Young. Jang Geum yang masih tidak tahu nama Geum Young, mengadu akan tugasan susah yang perlu disiapkan itu adalah disebabkan oleh seseorang yang bernama 'Geum Yong'; kakak-kakak seniornya sibuk berlatih untuk mengalahkannya dalam pertandingan akan datang, dan mereka yang junior dibuli untuk menyiapkan kesemua kerja. Menurut cerita kakak-kakak seniornya, pertandingan dengan Geum Young adalah tidak adil kerana sudah tentu Puan Choi telah 'membocorkan' soalan pertandingan kepadanya terlebih dahulu serta diberi latihan khas, sebab tu dia sentiasa menang dalam apa-apa pertandingan.


Setelah mendengar cerita Jang Geum, Geum Young agak terasa kerana dia dianggap diberi layanan istimewa melebihi wanita istana pelatih yang lain. Walaubagaimanapun, itu memberinya idea untuk melakukan sesuatu pada hari pertandingan. Dia juga memberi tips kepada Jang Geum untuk menyiapkan tugasan kekacang tersebut dengan menggunakan deria sentuhan, bukannya melalui deria penglihatan.

No comments:

Post a Comment