Saya adalah peminat setia drama bersiri Jewel In The Palace, yang lebih suka saya sebut akan tajuk asalnya; Dae Jang Geum (DJG). Walaupun semasa menulis entri ini, DJG sudahpun berusia 9 tahun, drama ini masih relevan untuk ditonton.
Ya, betul..ini drama
Korea. Jangan serkap jarang. Saya bukan peminat K-Pop. Jauh sekali fesyen
pakaian Korea. Kalau tengok drama DJG ni pun, ia berlatar belakangkan senario awal
kurun ke-16. Saya memang suka cerita zaman ‘nenek-moyang’. Paling penting, cerita
ini mesti ada kelassss. Jadi, DJG ni memang berkualiti ceritanya. Tak percaya? Betul..Drama
ini disiarkan di seluruh dunia. China, Jepun, US, Singapura, Indonesia,
Filipina, Timur Tengah..banyak
tempatlah. Malah masih menjadi pilihan untuk mengisi slot siaran TV hingga
sekarang. Sekarang ni (semasa menulis entri ini), DJG sedang bersiaran di TV
AlHijrah setiap hari (kadang-kadang hari Jumaat tiada) jam 3.30-4.30 petang dengan menggunakan tajuk
Jewel In The Palace.
Berapa episod semuanya?
Ada sumber yang mengatakan 54. Ada juga 60, dan 70. Mungkin ini dipengaruhi
oleh penyiaran episod di TV yang diselang-seli dengan iklan komersial (memandai
je buat kesimpulan..muahaha).
Jawapan sebenarnya adalah 54 episod untuk CD/DVD dan 70 episod untuk siaran TV. Untuk siri CD/DVD, setaip siri panjangnya kira-kira satu jam, manakala yang bersiaran di TV lebih kurang 45 minit satu siri. Kalau di TV Al-Hijrah, saya rasa ia mengikut format siri 54 episod berdasarkan sinopsis harian yang saya dapati di Astro Programme Guide yang selari dengan siri 54 episod. Sama ada 54, 60 atau 70 episod, sebenarnya jalan cerita yang sama sahaja. Perbezaan bilangan episod adalah disebabkan kepanjangan minit siaran untuk setiap episod sahaja.

Sebelum kita menerokai
drama ini episod demi episod, apa kata kita berkenalan dahulu dengan
watak-watak utama di dalam drama ini. Saya ringkaskan dalam bentuk gambar di
bawah ini.
Sebenarnya, ada
baaaaanyak watak. Namun, untuk permulaan, gambar di atas rasanya sudah
mencukupi. Yang penting-penting sahaja. Kalau saya rajin, saya buat lagi untuk
disesuaikan dengan penambahan watak dan perubahan keadaan kehidupan si heroin
Jang Geum.
Saya cuba untuk menulis, atau lebih kepada bercerita kembali tentang siri ini mengikut format siri 54 episod (seperti siaran TV Alhijrah). Walaubagaimanapun, untuk screenshot saya ambil melalui tontonan online, sebab saya tak boleh nak capture dari TV.

Okey, jom kita terokai
cerita Dae Jang Geum ini episod demi episod.
No comments:
Post a Comment