Oleh kerana keadaan yang
agak ‘serius’ berkenaan penyebaran wabak di dalam kawasan istana, pertandingan
telah dibatalkan oleh Ratu. Wanita Tertinggi Park cuba membangkitkan isu Puan
Jung yang sudah uzur dan perlu bersara, namun tidak dilayan Ratu.
Yeon Saeng mengadu kepada
Puan han bahawa Puan Jung tidak menghadapai sebarang tanda-tanda sakit seperti
wabak yang sedang melanda. Dia cuba sakit disebabkan oleh buah pinggangnya.
Puan Jung sendiri yang berada di luar menyedari hal tersebut dan merasakan ada
sesuatu yang tidak kena.
Puan Han ditugaskan oleh
Wanita Tertinggi Park untuk memeriksa keadaan di dapur diraja. Manakala Puan
Choi sibuk melobi sana-sini agar mendapat sokongan menggantikan Puan Jung.
Ketika Puan Han sibuk di dapur, dia didatangi Doktor Yoon Soo, selaku doktor
penasihat makanan. Dia menyatakan betapa pentingnya ada wanita istana pertama
ketika itu memandangkan wabak itu boleh berjangkit melalui makanan, dan perlu
ada orang yang memantau keadaan. Keadaan itu didengari oleh Geum Young.
Geum Young segera mencari
Puan Choi. Dia menyatakan walaupun Puan Choi mendapatkan sokongan daripada
ketua-ketua wanita istana yang lain untuk dilantik sebagai wanita Istana
Pertama, sudah tentu ia dibantah Sida Sang San, merupakan orang kanan diraja.
Geum Young mencadangkan agar Menteri Oh memperkenalkan Doktor Yoon Soo di dalam
mesyuarat agar dapat memberi sokongan kuat bahawa perlunya ada seseorang yang
bertindak sebagai wanita istana pertama.
Cadangan Geum Young
ternyata membawa kesan. Meskipun akhirnya Puan Choi dilantik oleh Ratu sebagai
‘pemangku jawatan wanita istana pertama’, Puan Choi yakin bahawa jawatan itu
lambat-laun kekal jadi miliknya. Puan Choi bertindak pantas menghantar Puan Han
dan Jang Geum ke rumah penginapan diraja yang terletak di luar istana. Ini
membolehkan dia berkuasa penuh di dapur istana.
Puan Han dan Jang Geum
pula menghadapi tugasan sukar di rumah penginapan. Mereka perlu menyediakan
makanan untuk duta dari Kerajaan Ming yang sangat cerewet. Mereka telah
diingatkan agar tidak membuat duta tersebut marah kerana itu boleh menjejaskan
keputusannya dalam satu rundingan penting yang dikendalikan oleh Menteri Oh.
Puan han yang bimbangkan
keadaan Puan Jung telah meminta bantuan Duk Goo. Min Jung Ho yang terlihat Jang
Geum, datang menyapa dan bertanya khabar. Dia agak risaukan kesihatan Jang Geum
kerana mendapat tahu beberapa orang wanita istana dijangkiti wabak. Apabila
mendapat tahu Jang Geum dihantar ke rumah penginapan diraja, Min Jung Ho risau
kerana tahu Jang Geum bakal menghadapi tugasan yang sukar. Geum Young yang
kebetulan lalu di kawasan itu menyedari akan mereka berdua. Sudah tentu
cemburunya meluap-luap. Apatah lagi selepas itu ketika bertembung dengan Min
Jung Ho, jejaka pujaannya itu cuma lebih berminat bertanya akan perihal
pakciknya berbanding mengambil tahu tentang dirinya.
Duk Goo ke tempat pusat
kuarantin di mana Puan Jung ditempatkan bagi menyampaikan mesej Puan Han. Puan
Jung dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila mengetahui Puan Choi
yang telah dilantik menjadi pemangku jawatan wanita pertama, apatah lagi Puan
han dihantar ke rumah penginapan diraja. Puan Jung menyampaikan sepucuk surat
buat Puan Han menyatakan dia tidak dijangkiti wabak tersebut.
Puan Han rasa agak marah
apabila sengaja ‘dikeluarkan’ daripada dapur istana oleh Puan Choi. Namun dia tetap menjalankan tugasan yang
diberi. Ketika mereka bersiap-siap untuk memasak, mereka didatangi seorang
doktor wanita. Rupa-rupanya duta kerajaan Ming yang bakal mereka hidangkan
makanan tersebut menghidap penyakit diabetes. Puan Han yang mendapat tahu hal
itu segera menukar menu makanan.
Semasa sesi makan,
hidangan dibawa keluar dan dihidangkan kepada duta kerajaan Ming serta menteri
dan pegawai kerajaan istana. Duta tersebut rasa agak tersinggung apabila
mendapati menu makanannya tidak sama dengan menu makanan yang dihidangkan untuk
orang lain; cuma sayur-sayuran. Menteri Oh yang menyedari hal itu cepat-cepat
mengarahkan agar menu tersebut ditukar. Namun, sebaliknya menu yang sama telah
dibawakan. Ini membuatkan duta kerajaan Ming yang memang cerewet itu semakin
marah.
Puan Han datang menghadap
mereka dan menjelaskan kenapa dia menghidangkan menu tersebut, ia disesuaikan
dengan keadaan kesihatan duta tersebut. Menteri Oh yang marah mengarahkan agar
Puan Han ditahan. Jang geum yang terlihat akan Puan Han yang dibawa pergi oleh
pengawal segera berdepan dengan mereka. Sudah tentu ini dianggap biadap kerana
status Jang Geum hanyalah wanita istana berpangkat rendah dan tidak harus
bercakap secara langsung di hadapan para pembesar.
Jang Geum (yang memang degil) menjelaskan bahawa mereka
tidak akan emnghidangkan makanan yang akan memburukkan lagi kesihatan duta
kerajaan Ming tersebut, apatah lagi dia menempuh perjalanan yang jauh dan
memenatkan tubuh badan. Jang Geum menyatakan, jika duta tersebut sanggup
mengikut menu mereka selama 5 hari, dia berjanji duta tersebut akan merasai
perubahan pada kesihatan tubuhnya.
Duta Kerajaan Ming
tersebut bersetuju untuk menerima cadangan Jang Geum, dengan syarat ia harus
dilakukan sendiri oleh Jang Geum. Jika tiada sebarang perubahan pada
kesihatannya, dia akan menghukum Jang Geum mengikut undang-undang Kerajaan
Ming. Dan seperkara lagi, duta tersebut bersetuju untuk makan menu sayur,
tetapi ia mestilah sedap.
Hal kemarahan duta
kerajaan Ming tersebut sampai ke pengetahuan Ratu, dan sangat bimbang dan
marah. Sebaliknya Puan Choi yang mengetahui keadaan itu, mendapat satu idea
untuk mendapat kredit. Dia bercadang untuk menu mewah diraja selama 3 hari 3
malam kepada duta tersebut sebaik sahaja
program 5 hari menu sihat itu tamat. Puan Choi yakin, dengan menghidangnkan
makanan mewah, sudah tentu duta tersebut terpesona dan sekaligus mendapat
pujian dan ini bakal membuatkan Puan Han dan Jang Geum semakin diketepikan.
Jang Geum rasa agak gusar
kerana dia perlu melakukan tersebut seorang diri tanpa bantuan Puan Han. Jang
Geum menguatkan hatinya untuk menyediakan makanan sepanjang 5 hari tersebut.
Oleh kerana duta tersebut memang cerewet, boleh dikatakan sepanjang masa dia tidak
senang hati pada menu yang dihidangkan.
Tempoh 5 hari akhirnya
tamat. Puan Choi menggunakan segala ‘skil’ yang dia ada untuk memasak menu
mewah draja dan dibawakan kepada duta tersebut..penuh satu meja dengan hidangan
sedap-sedap belaka. selepas 5 hari menghadap menu sihat dan ‘membosankan’,
sudah tentu sahaja duta tersebut tergoda.
Menteri Oh gembira
melihat duta tersebut yang begitu berselera. Dia bertanyakan apakah hukuman
yang harus diberikan kepada Jang geum kerana ‘memaksanya’ makan menu yang tidak
menarik sepanjang 5 hari itu.
1) Entri sebelum: Jewel In The Palace Episod 17
2) Entri selepas: Jewel InThe Palace Episod 19
3) Ke Halaman senarai episod
2) Entri selepas: Jewel InThe Palace Episod 19
3) Ke Halaman senarai episod
No comments:
Post a Comment