Monday, June 25, 2012

Jewel In The Palace Episod 13


Jang Geum bertanya kepada Puan Han kenapa dia dipilih dan enggan menerima jika Puan Han hanya kasihan padanya. Puan han menjelaskan Jang geum dipilih kerana dia ada 2 karakter utama yang ada pada seorang tukang masak yang baik.

Pertama, iaitu kebolehan sentuhan. Dengan sentuhan, dia boleh ‘merasa’ sesuatu makanan. Kedua, adalah yang istimewa, kerana karakter ini tidak dimiliki oleh Puan Han, Puan Choi atau GeumYoung. Iaitu kebolehan mencipta rasa. Jang Geum mampu memikirkan kombinasi rasa yang baik meskipun ia sesuatu yang tidak pernah dicuba.

Puan Han menyuruh Jang Geum memasak udang stim dan hidangan steam boat. Jang Geum berjaya memasaknya dengan sedap, serta mampu mencipta kombinasi rasa yang sesuai meskipun ia pertama kali dilakukan olehnya. Puan han meyakinkan Jang geum, sesungguhnya dia mampu memasak meskipun dia kehilangan deria rasa.

Puan Choi mendedahkan sebuah buku rahsia kepada anak buahnya, Geum Young. Iaitu journal turun-temurun yang hanya diwarisi oleh Wanita Istana Pertama yang mana tiada siapa-siapa pernah melihatnya kecuali pemegang jawatan itu. Journal itu mengandungi resipi-resipi rahsia, santapan kegemaran diraja serta banyak info-info rahsia. Geum Young rasa hairan bagaimana ia boleh berada di tangan Puan Choi sedangkan ia patut diturunkan kepada Puan Jung selaku Wanita Pertama. Puan Choi menjelaskan, setelah 5 generasi berada di tangan keluarga Choi, kenapa ia harus diserahkan kepada orang lain? Lagipun ia diberikan kepadanya oleh Wanita Pertama terdahulu, iaitu makciknya sendiri, jelas menunjukkan makciknya dahulu mahu dialah penjadi pemegang jawatan tersebut (gila kuasanya!)

Puan Choi mengarahkan Young Ro untuk berpindah ke bilik Jang Geum.Keluarga Young Ro yang terhutang budi dengan keluarga Choi, sudah tentu menuruti apatah lagi diberikan sejumlah wang. Puan Choi meminta jika Young Ro mendapat apa-apa maklumat daripada Jang Geum mengenai pertandingannya bersama Puan Han, hendaklah disampaikan kepadanya segera.

Istana menjadi gempar apabila didapati rasa sos soya (lebih kurang macam kicap) di istana telah berubah rasa. Apatah lagi menurut kepercayaan, jika rasa sos berubah, ia membawa satu petanda buruk. Wanita Tertinggi sudah tentu menyalahkan Puan Jung, kerana sekarang ini dia sentiasa mencari sebab untuk menyakiti hati Puan Jung dan berharap dia segera berundur. Puan Jung mengarahkan Puan Han dan Puan Choi mencari punca masalah di luar istana. Pencarian punca ini dianggap sebagai tugas pertama dalam menguji kelayakan mereka sebagai bakal pengganti Puan Jung.

Puan han dan Jang Geum terserempak dengan Duk Goo ketika sedang mecari punca di luar. Duk Goo yang mengetahui hal perubahan rasa sos tersebut berazam untuk membantu kerana rasa terhutang budi dengan Jang Geum yang telah merisikokan diri untuk menyelamatkannya sebelum ini. Duk Goo menyelinap masuk ke dalam istana untuk memakaikan kesemua bekas sos dengan pakaian wanita seperti yang disuruh oleh pawang. Ketika melakukan ritual persembahan, Min Jung Ho dan kumpulan pengawal ternampaknya, lalu menangkapnya. Duk Goo dibawakan kepada Sida Sang San untuk memastikan kebenaran kata-katanya bahawa dia seorang tukang masak lelaki di salah sebuah dapur, dan ayah kepada Jang Geum, juga penyebab dia menceroboh masuk istana iaitu tentang perubahan rasa sos. Sida Sang San mengiyakannya serta berbisik kepada Min Jung Ho bahawa karakter Duk Goo sememangnya begitu dan dia bukan seorang yang jahat. Duk Goo sememangnya dikenali oleh ramai kakitangan istana kerana sering menghantar arak.

Min Jung Ho meminta maaf kepada Duk Goo atas layanannya. Apatah lagi setelah mengetahui Duk goo adalah ayah (ayah angkat) kepada Jang Geum. Duk Goo pula berasa hairan bagaimana Jang Geum boleh mengenali Min Jung Ho yang berpangkat pegawai, malah beberapa kali pernah berjumpa seperti yang dinyatakan Min jung Ho.

Puan Choi menyangka perubahan rasa sos itu disebabkan oleh kualiti garam, kerana kebetulan semua bekalan garam di istana berasai daripada syarikat keluarganya. Namun, walaupun kualiti yang dibekalkan rendah, Geum Young menyatakan bahawa bukan itu penyebabnya, kerana semasa ke salah sebuah pusat membuat sos, kualiti garam yang digunakan lebih rendah daripada apa yang ada di syarikat keluarga mereka, namun masih menghasilkan sos yang baik. Puan Choi bagaimanapun, membeli satu bekas sos daripada tempat itu kerana mendapati cara pembuatannya yang berbeza dan memberi rasa yang lebih manis.

Manakala Puan Han dan jang Geum melawat beberapa tempat, iaitu di tempat bekalan blok soya, pembuatan bekas tempayan dan juga pusat bekalan garam, namun kesemuanya tiada masalah. Ketika mencari tempat penginapan untuk bermalam, mereka melalui satu kawasan di mana sekumpulan orang kampung mengadakan ritual persembahan bagi menyedapkan rasa sos. Malah setiap orang kampung membawa bekas sos masing-masing ke tempat tersebut, iaitu di bawah pohonan pokok kayu. Menurut salah seorang penduduk, setiap bekas sos yang diletakkan di sana, akan memeri rasa yang sedap, sama seperti di 2 lagi tempat yang lain di kampung itu.

Puan han dan Jang geum melawat 2 lagi kawasan yang dikatakan tadi. Puan han mendapati rasa sos di tempat berkenaan menyamai kualiti sos di istana sebelum ini. Pada masa ini jang geum perasan persamaan ketiga-tiga tempat tersebut serta teringatkan sesuatu yang berlaku di tempat penyimpanan sos di istana. Jang geum dengan gembira menyatakan penyebab tersebut kepada Puan Han.

Puan Choi yang terlebih dahulu tiba di istana telah menghidangkan santapan buat maharaja dengan menggunakan sos yang baru dibawanya dari luar dengan harapan mendapat kredit. Namun maharaja ternyata lebih menggemari rasa sos yang sebelum ini, meskipun sos yang dibawakan Puan Choi dibuat menggunakan teknik berbeza iaitu penambahan oat serta lebih manis.

Puan han dan jang geum segera kembali ke istana membawakan khabar gembira buat Puan Jung. Kesemua wanita istana dapur tertanya-tanya tentang punca perubahan rasa sos yang akhirnya ditemui oleh Puan Han dan jang geum.
1) Entri sebelum: Jewel In The Palace Episod 12
2) Entri selepas: Jewel InThe Palace Episod 14
3) Ke Halaman senarai episod

No comments:

Post a Comment