Puan
Jung merayu kepada Sida Sang San agar jang Geum dilepaskan daripada hukuman
yang dijatuhkan di jabatan pengawal. Selepas rayuan, Jang Geum dilepaskan dan
hanya dihukum mengikut peraturan wanita istana.
Puan Han
menceritakan kepada Jang Geum tentang kisah sahabatnya suatu ketika dahulu yang
dianiaya orang kerana berniat menyelamatkan nyawa orang lain. Dia tidak tahu
jika sahabatnya itu masih hidup, namun yakin jika masih hidup tentu dia masih
tidak berhenti menolong orang di mana-mana. Puan Han kesal kerana tidak dapat menolong kawannya itu. dan kali ini, sekali lagi dia tidak berdaya menolong Jang geum pula. Jang Geum tidak tahu sebenarnya
kisah itu mengenai ibunya sendiri.
Sementara
itu,
Geum
Young sebenarnya merayu kepada Puan Choi agar menceritakan hal sebenar kepada
Wanita Tertinggi Park bahawa Jang Geum keluar kerana kecuaiannya. Namun Puan
Choi enggan, kerana jika diketahui pihak istana burung kuang emas pemberian
kerajaan Ming dihilangkan, tentu suasana lebih kelam-kabut.
Yeon
Saeng merayu kepada Puan Jung agar Jang Geum tidak dibuang istana. Dia
mengingatkan prinsip Puan Jung bahawa kesetiaan kepada kawan adalah sama
seperti kesetiaan kepada maharaja. Apa yang dilakukan Jang Geum hanyalah untuk
menolong Geum Young yang dalam kesusahan.
Keesokan
pagi, ketika berangkat pergi Geum Young sempat memohon maaf. Namun Jang Geum
tidak menyalahkannya, kerana dalam hal itu dia yang tidak menepati janji untuk
balik pada masa yang ditetapkan. Ketika mahu melangkah pergi, Yeon Saeng
tiba-tiba , muncul membawa satu khabar gembira.
Wanita
Tertinggi Park menarik balik hukuman buang istana. Gelaran Jang Geum sebagai
wanita istana dikekalkan, dan dia tidak disingkirkan. Namun, dia harus bekerja
di ladang yang terletak di luar istana. Itupun selepas Puan Han dan Puan Jung
merayu dan setuju untuk tidak menerima sebarang gaji selama 3 tahun.
Apapun,
menurut cerita, kehidupan di ladang adalah tiada bezanya dengan buang istana. Kononnya,
sesiapa pun yang dipindahkan ke sana, tidak ada harapan untuk kembali ke dalam
istana. Apatah lagi peperiksaan penting yang melayakkan wanita istana terus
memegang status tersebut bakal berlangsung tidak lama lagi. Keadaan Jang Geum
yang perlu bekerja di ladang tidak melayakkan dia mengambil peperiksaan
tersebut, seterusnya gelaran wanita istana bakal dilucutkan juga. Dan Puan Han
berpesan, ia terpulang kepada Jang Geum untuk menentukan hidupnya. Sama ada
berputus asa atau meneruskan hidup dan tidak menghentikan proses belajar
meskipun di dunia luar.
Ketika
dalam perjalanan ke ladang, dia berselisih dengan Min Jung Ho,
Tapi masing-masing
pun tidak perasan. Min Jung Ho yang selamat berkat rawatan yang diberi Jang
Geum, sedang berusaha mencari gadis yang menyelamatkannya melalui petunjuk
iaitu pisau pemberian ayah Jang Geum yang tercicir.
Jang
Geum yang tiba di ladang terkejut melihat tiada seorang pun yang bekerja. Kesemua
mereka hanya tidur dan minum arak. Jang Geum sudah tentu patah hati dalam
keadaan tersebut.
Dan
malam itu dia melayan perasaan. Keesokan pagi, dia bangkit dan cuba mengerjakan
ladang tersebut. Dia mengejutkan salah seorang pekerja lelaki dan mula
memarahinya kerana hanya tidur sepanjang masa. Pekerja itu pula tidak ambil
serius malah bergurau. Pada masa inilah Jang Geum mengenali satu jenis tumbuhan
yang baik untuk menurunkan suhu badan, iaitu kobis cina.
Apa
istimewanya kobis ni? Tunggu episod akan datang.
Tiba-tiba
keadaan dikejutkan dengan tindakan seorang pekerja wanita yang memakan buah
beracun. Pada masa inilah pekerja lelaki tadi memberikan rawatan akupuntur, dan
Jang Geum sedar bahawa pekerja lelaki itu bukan orang sebarangan. Rupa-rupanya
dia seorang doktor, Doktor Jung Woon Baek.
Jang
Geum memohon maaf atas kelancangannya yang memarahinya, namun Doktor Jung tidak
ambil hati malah menasihatkan Jang Geum agar tidak perlu bersusah-payah
mengerjakan ladang kerana selama bertahun-tahun tiada satu pun herba yang
berjaya ditanam di situ. Ditambah lagi ketika Jang Geum terjumpa Duk Goo semasa
mahu mengambil benih di istana, Duk Goo menasihatkannya agar kembali ke rumah
dan tidak perlu bersusah-payah menjadi wanita istana. Apatah lagi dalam
keadaannya yang dipindahkan ke ladang.
Sampai
menangis jang Geum dibuatnya.
Tapi,macam
biasa jang Geum seorang yang sentiasa bangkit dari kekecewaan. Esoknya dia mula
bertanya tentang setiap biji benih kepada Doktor Jung. Dan, Doktor Jung kaget bila
mendapati sebenarnya Jang Geum telah melabel kesemua biji benih yang ada di
dalam stor, berpuluh-puluh jumlahnya. Jang Geum juga mengerjakan ladang seorang
diri, dan yang lain hanya memerhati...siap bertaruh lagi, berapa lama dia boleh
bertahan.
Namun,
kesungguhan Jang Geum tidak boleh dipandang rendah. Jang Geum siap buat
research tu...buku-buku tentang herba, semua dibacanya,
Dan memang
benar cakap orang tua-tua. Berbudi kepada tanah pasti ada hasilnya! Siapa sangka
herba Bai Ben yang sudah 20 tahun tidak pernah berjaya ditanam di Korea Utara
dan terpaksa diimport dari Kerajaan Ming, berjaya bertunas di ladang itu!
Hari
itu, satu ladang berpesta meraihkan kejayaan Jang Geum. Pada masa itu juga, Yoen Saeng mengirimkan nota kelas bagi persediaan peperiksaan, walaupun masih tidak nampak harapn untuk Jang Geum mendudukinya.
Namun,
ada juga yang tidak senang. Tiba-tiba Jang Geum dikejutkan berita buruk di satu
pagi. Herba Bai Ben yang diusahakannya telah dimusnahkan, perbuatan sabotaj. Ketika
mereka di ladang itu saling tuduh-menuduh, Jang Geum sebaliknya beredar dan
berkata, dia akan menanam yang baru. Dan, sekali lagi dia bermula dari awal. Apabila
ia bertunas kembali, jang Geum mengawasi herba Bai Ben tanamannya dengan lebih
lagi, iaitu dengan melakukan pengintipan pada waktu malam. Doktor Jung juga
rupanya sependapat dengan jang Geum, secara kebetulan mereka bertembung semasa
melakukan pengintipan. Sungguh mengejutkan apabila perbuatan khianat ke atas
usaha Jang Geum itu dilakukan oleh pekerja ladang itu sendiri.
Doktor
Jung membawa pesalah untuk diadukan kepada pegawai atasan, iaitu Tuan Bie Ti. Sebaliknya
Tuan Bie Ti bersikap sambil lewa, malah mempersoalkan kenapa Doktor Jung masih berada
di kawasan ladang selepas waktu bekerja, kerana ia adalah dilarang.
Jang
Geum ke istana untuk mengambil bekalan benih seperti biasa. Dia tersermpak
dengan Geum Young. Geum Young ternyata masih mengambil berat tentang Jang Geum,
dan menyampaikan nota kelas untuk persediaan peperiksaan yang ditulis oleh Yoen
Saeng, sekali lagi. Kalau difikir-fikir nota tebal tu, kagum juga saya
dibuatnya. Dulu-dulu mana ada mesin fotostat! Hihi.
Tuan Bie
Ti memberitahu hal sebenar kepada Doktor Jung. Sebenarnya perbuatan khianat ke
atas herba Bai Ben itu adalah satu arahan. Dan mereka harus mendiamkan perkara
itu. Ini sangat mengecewakan Doktor Jung. Dia kecewa dengan sikap korupsi yang
melanda kebanyakan menteri dan pegawai kerajaan. Malam itu Doktor Jung membuat
satu keputusan yang di luar jangkaan.
Selepas minum
arak untuk memabukkan diri, Doktor Jung mengambil anak-anak benih herba Bain Ben
yang telah bertunas dan menjualnya di kedai-kedai. Sudah tentu ini menyebabkan
dia ditangkap dan disoal-siasat di unit siasatan.
Pada
masa inilah Doktor Jung meluahkan rasa tidak puas hatinya tentang pengaduan yang
telah dibuat kepada Tuan Bie Ti, namun minta disenyapkan. Maka, secara tidak
langsung tindakan Doktor Jung itu menyebabkan tersebarlah berita tentang kejayaan
penanaman Bai Ben yang mahu disembunyikan. Hah, inilah menteri dan dalang yang
mahu mengaut keuntungan daripada herba Bai Ben, tidak lain tidak bukan...
Menteri
Oh dan Choi Pan Sool.
Kejayaan
Jang Geum menanam herba Bai Ben mendapat pujian pihak istana, siap dihantar
lagi utusan.
Jang Geum
pula memarahi Doktor Jung yang membahayakan kedudukan diri malah berisiko gajinya
dipotong. (berapa banyak dah orang kena potong gaji pasal kau Jang Geum!) Doktor
Jung tidak kisah semua itu dan menyuruh Jang Geum melihat seseorang yang
sedang datang.
Yoen
Saeng! Dan membawa khabar gembira bahawa Jang Geum boleh kembali ke dapur
istana. Semuanya atas kejayaan Jang geum menyumbang kepada negara melalui penanaman
Bain Ben. Selain itu, Puan Han dan dirinya tidak henti-henti merayu kepada Puan Jung. Puan Jung yang tidak tahan dengan rayuan itu, merayu kepada
Wanita Tertinggi Park untuk mengampunkan kesalahan Jang Geum.
Sebelum
berangkat kembali ke istana, Doktor Jung menitipkan surat untuk dihantar kepada
seseorang di perpustakaan istana. Jang Geum menyediakan makanan buat Doktor Jung,
iaitu kobis cina... Tunggu, akan datang, kobis ini ada peranannya. =)
Jang Geum
singgah di perpustakaan istana ketika kembali ke istana. Ketika
mencari orang yang dimaksudkan, Jang Geum nyata begitu terpesona dengan
kehadiran buku-buku yang begitu banyak. Tengoklah, macam budak dapat gula-gula.
=)
Pada
masa inilah Min Jung Ho muncul, dan berkenalan dengan rasmi menggunakan nama
masing-masing buat kali pertama.
Oleh
kerana penerima surat tersebut sudah tiada di perpustakaan, Min Jung Ho
membacanya. Rupa-rupanya surat Doktor Jung itu meminta supaya pembawa surat
tersebut (Jang Geum) diberi peluang meminjam buku-buku yang terdapat di
perpustakaan walaupun perpustakaan merupakan tempat larangan bagi wanita
istana. Wah, maknanya dulu-dulu hanya lelaki boleh masuk perpustakaan.
Min Jung
Ho pun bertanya, adakah Jang Geum berminta untuk meminjam buku-buku puisi? Chewah,
mengayat pulak dia..hihi.
Ketika
keluar, Jang geum terpandang sesuatu di atas meja,
Ya!
Pisau pemberian ayahnya! Namun dia tidak berani menanyakan hal itu, kerana meja
itu sedang diduduki seorang yang berpangkat besar.
Dan dia
memikirkan, siapa yang menemui pisau tersebut. Hingga sekarang, dia sendiri
tidak tahu identiti orang yang diselamatkannya tempoh hari. (tu lah...siapa
suruh tak buka topi mamat tu!)
Okey,
kisah hari ini lebih panjang daripada selalu. Siapa sangka, ketika semua orang
menyangka Jang Geum sudah tiada harapan kembali ke istana, dia masih membuat
sesuatu yang luar biasa. Malah hanya duduk di ladang istana selama lebih kurang
3 bulan. Dan selepas ini Jang Geum perlu kembali ke landasan asal, iaitu mengejar
kembali apa yang terlepas dalam persediaan menghadapi peperiksaan wanita
istana.
1) Entri sebelum: Jewel In The Palace Episod 62) Entri selepas: Jewel InThe Palace Episod 8
3) Ke Halaman senarai episod
No comments:
Post a Comment