Maharaja
ternyata begitu menyukai hidangan mi sejuk yang disediakan oleh mereka berdua
kerana ia tidak terlalu pekat dan mempunyai rasa yang menyegarkan.
Min Jung
Ho yang turut ada bersama kumpulan memburu, dan Jang Geum sempat lagi bertukar
pandangan mata.amboi.. dan ini disedari oleh Geum Young.
Pada
malam hari, Geum Young terserempak dengan Min Jung Ho, ternyata mereka saling
mengenali. Geum Young kelihatan gemuruh, namun Min Jung Ho bersikap biasa dan
bertanyakan khabar pakcik Geum Young.
Rupa-rupanya, Min Jung Ho merupakan
lelaki pujaan Geum Young sejak kecil. Ingat lagi insiden perkenalan Geum Young,
Jang Geum dan Yeon Saeng semasa mereka masih kecil dulu ketika Geum Young mahu
memberi penghormatan terakhir untuk lelaki pujaannya yang baru lulus peperiksaan?
Ada di Episod 3.
Min Jung
Ho menyapa Jang Geum yang sedang menulis
di bawah sinaran bulan. Dia menyedari berus (zaman tu tiada pen) Jang Geum
bermata agak tebal dan ingin meminjamkan Jang Geum berus yang lebih halus,
namun tiada dibawanya. Pada masa itu Geum Young muncul dan perasan kemesraan
mereka berdua.
Ketika
kembali ke khemah mereka, Geum Young menasihatkan agar Jang Geum tidak terlalu
rapat dengan mana-mana lelaki di istana, kerana ia boleh menimbulkan gossip.
Dia cemburu kot...haha. Jang Geum menyatakan Min Jung Ho hanyalah kenalan yang
dikenalinya ketika membawakan surat Doktor Jung ketika masih bekerja di ladang
istana.
Atas
kecuaian Puan Min dan Diao Fang meletakkan racun ke dalam sup, mereka berdua
dihukum tidak boleh memasuki dapur khas diraja. Maka Jang Geum dan Yeon Saeng
ditugaskan untuk menggantikan mereka. Hal ini begitu menggembirakan Jang Geum
kerana dia sudah lama mengimpikan untuk masuk ke dapur tersebut kerana di
situlah tersembunyi diari milik ibunya.
Ketika
dalam perjalanan ke dapur khas diraja, Jang Geum terserempak dengan Min Jung
Ho, dan Jang Geum menyatakan buku tempoh hari sudah habis dibaca dan
disalinnya. Mereka berjanji untuk bertemu pada 15 haribulan untuk meminjam buku
yang baru.
Setiap
kali ada kesempatan, Jang Geum mencari diari tersebut di setiap celah. Malah,
dia menawarkan diri kepada Yeon Saeng untuk menggantikan tempatnya dalam
giliran bertugas agar lebih kerap berada di dalam dapur khas diraja. Hal ini
menimbulkan rasa hairan di hati Yeon Saeng.
Manakala
Puan Choi sedang memberikan satu tugasan berat buat Geum Young. Geum Young
sangat terkejut apabila mengetahui dia perlu meletakkan satu kain sumpahan di
dalam dapur khas diraja. Dia sudah tentu enggan dan berkata, walaupun tanpa
membuat kerja-kerja sebegitu, keluarga mereka memang berkelayakan dalam bidang
masakan dan tiada maslaah untuk menjawat jawatan Wanita Istana Pertama seperti
mana yang diimpikan makciknya itu. Puan Choi menerangkan, selama 5 generasi
mereka bertahan bukan hanya kerana kelayakan, tetapi sokongan kuat daripada
orang-orang dalam di istana tersebut. Maka, mereka harus saling membantu,
seterusnya mengukuhkan pengaruh serta kekayaan keluarga mereka.
Kain
sumpahan tersebut berupa sumpahan yang ditujukan untuk Maharani agar
kandungannya sentiasa menjadi anak perempuan apabila dilahirkan. Jika anak
lelaki dilahirkan dan dinaikkan menjadi peneraju takhta kelak, ini akan
menggoyahkan kedudukan pengaruh keluarga Choi. Geum Young berkeras tidak mahu
dan mengurung dirinya di dalam bilik. Stres hingga membuatnya sakit.
Malam
esoknya, Jang Geum yang tahu Geum Young kurang sihat, telah berjumpa Puan Choi
dan menyatakan hasrat untuk menggantikan Geum Young. Namun Puan Choi
melarangnya, dan berkata Geum Young mesti melaksanakan tugasnya. Namun, Jang
Geum degil. Dia tetap masuk ke dala m dapur khas diraja, dan meneruskan usaha
mencari diari milik ibunya.
Setelah
berfikir panjang, Geum Young akhirnya bersetuju melaksanakan tugasan yang
diberi Puan Choi dengan ikrar bahawa dia adalah generasi terakhir melakukan
perbuatan terkutuk itu. Ketika memasuki dapur, dia bertembung dengan Jang Geum.
Dia menyuruh Jang Geum keluar kerana malam itu adalah giliran dia bertugas.
Yeon
Saeng yang masih tertanya-tanya perangai Jang Geum yang gemar ke dapur khas
diraja, cuba mengintip Jang Geum. Namun, dia mendapati Geum Young yang berada
di dapur berkenaan, cuba menyembunyikan sesuatu di satu sudut. Selepas geum
Young keluar, Yeon Saeng pelik bila melihat Jang Geum pula yang masuk, namun
dia kelihatan cuba mencari sesuatu.
Keesokan
harinya, Yeon Saeng bertanyakan hal itu kepada Jang Geum, apa yang
disembunyikan Geum Young dan apa yang dicari Jang Geum, kerana Yeon Saeng
menyangka mereka berdua berpakat. Yeon
Saeng menunjukkan tempat di mana Geum Young menyembunyikan sesuatu dan
menjoloknya dengan menggunakan besi panjang. Pada masa inilah diari ibu Jang
Geum terjatuh.
Jang
Geum yang terlalu teruja, terus berlari meninggalkan Yeon Saeng yang sedang
kesakitan akibat terjatuh. Dalam masa yang sama, kain sumpahan yang diletakkan
Geum Young turut terdedah.
Jang
Geum membawa diri di sebuah pondok rehat di kawasan istana. Di sana dia menatap
diari ibunya dengan perasaan bercampur-baur. Semasa kembali ke bilik, Yeon
Saeng ternyata berkecil hati dengan tindakan Jang Geum yang meninggalkan
dirinya di dapur tadi sedangkan dia dalam keadaan kesakitan, malah tidak mahu
memberitahunya apa yang sedang dicarinya itu. Pada masa inilah Puan Han muncul
memanggil Jang Geum.
Rupa-rupanya
Puan Han menemui kain sumpahan yang terdedah. Turut ada pada masa itu, Puan
Jung, Puan Choi dan Geum Young. Geum Young telah meletakkan kesalahan itu di
bahu Jang Geum dengan mengatakan dia terserempak dengan Jang Geum pada malam
tadi, sedangkan bukan giliran Jang Geum yang bertugas malam itu. Semasa
ditunjukkan kain sumpahan tersebut, Jang Geum menafikannya malah tidak pernah
melihatnya, namun enggan bersuara bila ditanya akan alasan dia berada di dalam
dapur khas diraja pada waktu bukan giliran dia bertugas.
Jang
Geum dikurung di dalam bilik stor. Meskipun telah diberi arahan tiada sesiapa
antara Puan Han atau Puan Choi berjumpa Jang Geum, Puan Han tetap mendapatkan
Jang Geum dan mendesaknya menceritakan hal sebenar. Jang Geum yang tidak mahu
diari ibunya dilihat sesiapa, enggan menceritakan apa-apa.
Puan
Jung mendapatkan bantuan Duk Goo untuk menafsirkan kain sumpahan berkenaan dari
tukang tilik, dan terperanjat apabila mengetahui isi kandungannya. Puan Choi
tidak henti-henti mendesak Puan Jung segera menghukum Jang Geum kerana baginya
memang Jang Geum ternyata bersalah, apatah lagi jang Geum enggan bersuara.
Namun, Puan Jung berfikir panjang dan percaya hal ini jika dilakukan oleh jang
Geum sekalipun, pasti ada dalangnya.
Yeon
Saeng yang tercari-cari Jang Geum selepas beberapa hari tidak kelihatan, telah
terdengar perbualan Puan Jung dan Puan Choi.
Dia memujuk Jang Geum yang semakin
lemah di dalam stor kerana sudah beberapa hari tidak makan dan minum agar
menceritakan hal sebenar. Yeon Saeng tahu Jang Geum hanya mencari sesuatu, dan
bukannya menyembunyikan sesuatu.
Akhirnya
Yeon Saeng memberitahu apa yang dilihatnya pada malam itu kepada Puan Jung.
Puan Jung mengambil keputusan mengurung Geum Young sekali di dalam bilik stor
bersama-sama Jang Geum sehinggalah mereka menceritakan hal sebenar. Jang Geum
bertanya kepada Geum Young kenapa melakukan hal itu, namun Geum Young tidak
mengaku. Malah berkata, jang Geumlah yang melakukannya. Pada tahap ini, saya
tahu... mereka sudah tidak berkawan lagi.
1) Entri sebelum: Jewel In The Palace Episod 9
2) Entri selepas: Jewel InThe Palace Episod 11
3) Ke Halaman senarai episod
2) Entri selepas: Jewel InThe Palace Episod 11
3) Ke Halaman senarai episod
No comments:
Post a Comment