Ini membawa pertemuannya
dengan Kang Duk Goo, suami kepada Na Joo Daek. Na Joo Daek yang mendapati
beberapa botol araknya hilang dari stor simpanan, telah menuduh Jang Geum
mengambilnya, sedangkan ia dicuri oleh suaminya sendiri. Jang geum yang
benar-benar kelaparan telah jatuh pengsan semasa Na Joo Daek sibuk berleter.
Kang Duk Goo yang berasa kasihan dengan Jang Geum, telah memasakkannya
semangkuk bubur nasi.
Hehe, tak tahulah. Tapi
saya suka babak ni,
apabila Duk Goo menyuapkan bubur ke mulut Jang Geum dan mengatakan dia seperti anak burung yang minta disuap =p.
Na Joo Daek yang memang
mata duitan, kuat berleter dan tidak mahu kerugian makanan jika menumpangkan
Jang Geum di rumah mereka, mula bertanya perihal ibubapa jang Geum agar boleh
menghantarnya pulang. Namun, mereka begitu tersentuh apabila mendapati
ibubapanya telah mati dan tiada tempat mengadu. Keesokan pagi, Jang Geum sekali
lagi membuat kejutan apabila akhirnya mereka menyedari bahawa dia sebenarnya
seorang perempuan setelah menukar pakaiannya.
Jang Geum yang rajin
membuat kerja-kerja rumah serta pandai mengambil hati Na Joo Daek, melembutkan
hati mereka sekeluarga menerimanya sebagai anak angkat. Sejak dari hari itu,
Jang Geum tinggal bersama keluarga tersebut. Setiap hari, Jang Geum membantu
Duk Goo menghantar arak ke rumah-rumah pelanggan, termasuklah pembesar-pembesar
istana dan ahli keluarga maharaja.
Pada masa yang sama,
sekumpulan pembesar membuat satu komplot menggulingkan Maharaja Yeong Shan
lantaran sikapnya yang semakin buruk. Mereka bercadang menaikkan Putera Jung
Jong untuk menggantikan maharaja, dan telah mengatur strategi senyap-senyap
untuk melakukan serangan.
Mereka cuma perlu memaklumkan rancangan tersebut kepada Putera Jung Jong , namun kediamannya dikawal rapi oleh tentera maharaja. Mereka memutuskan menggunakan Jang Geum sebagai utusan kepada Putera Jung Jong. Salah seorang pengawal telah meminta Jang Geum membawa 4 botol arak sebagai hadiah hari jadi Putera Jung Jong dan harus menyerahkannya sendiri mengikut susunan yang betul berdasarkan nama-nama yang telah dilabel pada setiap botol arak tersebut. Dalam pada itu, pakatan tersebut mengupah seorang pembunuh seandainya rahsia mereka terbongkar melalui penghantaran arak tersebut.
Tanpa sedar, sebenarnya nyawa Jang Geum berada di hujung tanduk.
Oleh kerana Jang Geum
sudah biasa melakukan penghantaran arak, kehadirannya tidak disyaki sebagai
pembawa mesej rahsia, malah Jang Geum sendiri tidak tahu arak yang dibawanya
mengandungi mesej. Semasa memasuki kediaman Putera, Jang Geum begitu teruja
apabila terlihat wanita istana yang sedang duduk berbual dengan Putera Jung
Jong dan terus melakukan tunduk hormat serta menyatakan keinginannya menjadi
wanita istana, sebagaimana yang diminta oleh mendiang ibunya.
Walaupun kelakuannya
kurang sopan, namun Putera Jung Jong tidak ambil hati malah kagum dengan
kebijaksanaan Jang Geum yang tahu membaca semasa menyusun botol-botol arak
mengikut nama yang tertera pada label. Pada masa inilah Putera Jung Jong
menyedari sebenarnya nama-nama pada botol tersebut merupakan satu mesej rahsia.
Dia sempat berpesan kepada wanita istana tersebut agar memberi Jang Geum
peluang menjadi wanita istana jika keadaan mengizinkan di masa akan datang.
Pada malam itu juga,
maharaja telah digulingkan, dan Putera Jung Jong telah diangkat sebagai
maharaja yang baru. Keesokan harinya, seorang wanita istana telah datang
menjemput Jang Geum ke istana. Hal ini sangat menggembirakan hati Jang Geum,
namun keluarga angkatnya begitu berat hati melepaskannya pergi. Pada masa yang
sama, pembunuh upahan yang diupah untuk mengintip Jang Geum semasa melakukan
penghantaran arak pada hari sebelumnya, datang bertanyakan hal Jang Geum. Pembunuh
upahan tersebut seperti pernah melihat Jang Geum sebelum ini, sebab itu dia
begitu berminat memerhatikan Jang Geum.
Bermulalah langkah
pertama Jang Geum dalam misi memburu gelaran wanita istana. Dia menyertai
sekumpulan kanak-kanak sebaya untuk menjalani latihan selama 15 hari sebelum
ditentukan sama ada mereka layak diambil sebagai pelatih wanita istana atau
tidak.
Mari berkenalan dengan
satu watak yang bakal memenuhi banyak adegan dalam drama ini; Yoon Young Ro.
Pakcik dia salah seorang pengawal di istana ini.
Ini pula(sebelah Jang Geum tu),
Lee Yeon Saeng. Kawan sejati sehidup semati Jang Geum sepanjang drama ini.
Lee Yeon Saeng. Kawan sejati sehidup semati Jang Geum sepanjang drama ini.
Oleh kerana Jang Geum
dikenali hanya sebagai anak angkat Duk Goo, Young Ro menuduhnya berasal dari
golongan bawahan. Jang Geum cuba menjelaskan ibubapanya berasal dari golongan
atasan, namun dia teringat akan kelancangan mulutnyalah menyebabkan dia
kehilangan kedua orang tuanya. Ia satu trauma yang sangat mendalam, sehingga
Jang Geum tidak pernah sanggup untuk mendedahkan identiti ibubapanya kepada
sesiapa sekali lagi. Maka, dia lebih rela mendiamkan diri.
Untuk menghiburkan
hatinya, Jang Geum teringat akan pesan ibunya tentang diari yang terletak di
dapur diraja. Dengan mengajak Yeon Saeng yang berkali-kali melarangnya, dia
mula merayau mencari dapur diraja. Ini membawa mereka kepada satu perkenalan,
iaitu dengan Choi Geum Yong.
Choi Geum Young merupakan senior setahun lebih tua kepada Jang Geum. Pada masa itu, Choi Geum Yong sedang senyap-senyap melakukan
penghormatan terakhir kepada lelaki pujaannya yang baru sahaja lulus cemerlang
dalam peperiksaan untuk melayakkannya menjadi pegawai kerajaan. Walaubagaimanapun, mereka sekadar berkenalan tanpa bertanyakan nama masing-masing. Selepas membantu Geum Yong menyempurnakan hajatnya melakukan penghormatan, Jang Geum meneruskan misinya mencari diari ibunya yang hanya diketahuinya sebagai terletak ‘di satu sudut dapur diraja’. Jang Geum dan Yeon Saeng memasuki salah satu bahagian yang menempatkan peralatan makanan. Dalam keadaan gelap gelita, Yeon Saeng tergelincir ketika memanjat para.
1) Entri sebelum: Jewel In The Palace Episod 2
2) Entri selepas: Jewel InThe Palace Episod 4
3) Ke Halaman senarai episod
2) Entri selepas: Jewel InThe Palace Episod 4
3) Ke Halaman senarai episod
No comments:
Post a Comment