Jang Geum sampai ke
lokasi tempat cuka pisang kaki yang dimaksudkan ibunya ketika Puan Han baru
sahaja berlalu pergi. Jang Geum memeriksa keadaan dan mendapati ada bekas tanah
yang baru sahaja digali dan mendapati ia adalah kedudukan bekas cuka tersebut.
Jang Geum tertanya-tanya jika orang yang baru mendapatkan cuka tersebut adalah
sahabat baik ibunya seperti yang diceritakan di dalam diari.
Puan Han dan Puan Choi
masing-masing melakukan persiapan. Puan Choi sudah tentu berjumpa dengan abangnya,
Choi Pan Sool dan memberitahu keadaan yang berlaku, di mana dia akhirnya perlu
bertanding menggunakan segala kemahiran yang ada, namun dia berkeyakinan untuk
menang. Choi Pan Soo; bagaimanapun merancang sesuatu di luar pengetahuan Puan
Choi. Dia mengarahkan Mak Gye, juga seorang pengawal istana dan pakcik kepada
Young Ro untuk menyuruh anak buahnya itu memberi laporan tentang perkembangan
persiapan pertandingan. Young Ro sudah tentu mencuba berbagai taktik untuk
mendapatkan maklumat.
Duk Goo menghantar
cendawan herba yang dipesan oleh Puan Han. Dia juga memberi Jang Geum arak
semut merah dengan tujuan menghidangkannya kepada Maharaja semasa hari
petandingan, kiranya nak ambil kesempatanlah. Duk Goo siap minta surat
pengesahan daripada jang Geum jika maharaja telah meminumnya...dengan harapan,
arak buatannya jadi terkenal jika diminum sendiri oleh maharaja. Pada masa yang
sama, Choi Pan Sool semakin hampir kepada rancangan jahatnya.
Malam itu, iaitu malam
sebelum pertandingan, Puan Han dan Jang Geum telah menyediakan bahan yang
secukupnya, sebelum masuk tidur. Yeon Saeng yang curiga dengan tindak-tanduk
Young Ro mendapati sesuatu berlaku di dapur tempat persediaan Puan Han.
Rupa-rupanya dapur itu dimasuki beberapa ekor ayam dan kucing, ya sudah tentu
perbuatan khianat dari Young Ro. Habis rosak kesemua bahan-bahan yang
disediakan. Malah cendawan herba, abalone dan timun laut dimakan oleh
haiwan-haiwan tersebut.
Puan han terpaksa keluar
istana malam itu juga untuk mencari bekalan haiwan laut dan cendawan herba.
Namun berjanji kepada Jang Geum akan kembali sebelum jam 7pagi, atau paling
lewat jam 9 pagi. Dia mendapatkan bantuan Duk Goo. Manakala untuk bekalan
haiwan laut, Puan Han telah meminta penjual menyediakannya sebaik bekalan
sampai dan berjanji mengambilnya esok pagi. Puan Han dan Duk Goo mencari serata
tempat, malangnya kerana hari sudah lewat malam tiada lagi tempat yang buka.
Tambahan pula cendawan herba tersebut sukar diperolehi. Mereka tiba di satu
tempat yang menjadi harapan terakhir mereka, namun malangnya tuan kedai telah
keluar dan hanya kembali esok hari. Maka, mereka berdua terpaksa bermalam di
tempat tersebut sehingga tuan kedai kembali keesokannya.
Esoknya, mereka berhasil
mendapatkan cendawan herba. Puan Han menaiki perahu di pelabuhan untuk kembali
ke istana, manakala Duk Goo menawarkan
diri untuk mencari bahan makanan laut kerana risau kalau-kalau tempahan Puan Han
kepada penjual malam tadi tidak sampai.
Ketika Duk Goo baru meninggalkan jeti pelabuhan, dia teringat bahawa dia belum meminta wang
perbelanjaan daripada Puan Han. Pada
waktu ini dia menyedari Puan Han dikasari di atas perahu yang sudah bergerak
meninggalkan pelabuhan, malah bergerak menuju ke arah pelabuhan yang berlainan
daripada destinasi yang sepatutnya.
Dalam keadaan panik, Duk Goo segera
pulang dan memberitahu hal tersebut kepada isterinya. isterinya menyuruhnya mendapatkan bantuan Min
Jung Ho. Manakala,isteri Duk Goo ke istana
untuk memberitahu hal tersebut kepada Jang Geum.
Jang Geum dan Yeon Saeng
semakin bimbang kerana Puan Han masih belum pulang walaupun sudah jam11. Ketika menghadiri perjumpaan, Wanita Tertinggi Park sangat marah apabila
mengetahui Puan Han belum balik selepas keluar istana. Jang Geum bagaimanapun sanggup menggantikan
tempat Puan Han sekiranya masih tidak kembali.
Puan Choi turut mencadangkan agar mereka menanti Puan Han. Manakala Geum Young bersetuju dengan pendapat
Puan Jung bahawa mereka tidak harus memaklumkan kepada Ratu
hal tersebut buat masa sekarang kerana ia boleh merosakkan mood majlis harijadi. selain itu,
pertandingan ini juga memerlukan mereka menghidangkan makanan bukan sekadar
untuk kemenangan, tetapi turut memastikan
hidangan yang cukup untuk para tetamu.
Puan Choi yang telah dimaklumkan akhirnya akan rancangan penculikan yang
dilakukan oleh Choi Pan Sool, sebenarnya
kurang bersetuju dengan rancangan tersebut.
Dia yakin, tanpa rancangan
itupun, beliau masih boleh menang.
Penjual ikan yang menerima
tempahan Puan Han malam tadi risau apabila Puan Han tidak datang mengambil tempahannya, lalu ke istana. Di sana penjual tersebut meminta bantuan isteri
Duk Goo yang kebetulan mahu berjumpa Jang Geum.
Jang Geum dan Yeon Saeng rasa lega apabila bekalan makanan laut tiba namun
terkejut selepas mengetahui hal yang menimpa Puan Han. Bahan-bahan yang mereka ada kini hanya cukup-cukup, itu pun selepas dibantu oleh Puan Min dan Chang
yang bermurah hati memberi sedikit bahan.
JangGeum meminta Yeon Saeng membantunya dalam pertandingan
tersebut, walaupun sedar dia bakal bersaing
dengan Puan Choi yang memang handal memasak.
Sementara itu, Min Jung Ho mendapatkan
bantuan untuk menyelamatkan Puan Han.
Tiba masanya untuk menghidangkan
hidangan yang pertama. Jang Geum dan Geum
Young menghidangkan bubur sebagai hidangan pembuka. Bubur Geum Young yang dimasak bersama 5 jenis
kekacang telah mendapat perhatian Ratu seterusnya diumumkan sebagai pemenang. Hal ini sudah tentu sangat menggembirakan Geum
Young kerana hidangannya berjaya mengalahkan hidangan Jang Geum. Hatinya sudah diulit kebencian sejak mengetahui
kemesraan yang wujud antara Jang Geum dan jejaka pujaannya.
Hidangan kedua daripada Jang
Geum adalah penkek gandum yang membaluti beberapa jenis sayuran. manakala Puan Choi menghidangkan kulit ikan membaluti
sayuran yang mempunyai rasa masam manis.
Sekali lagi pasukan Puan Choi menang dalam pusingan ini. Yeon Saeng yang membantu Jang Geum semakin risau
selepas kalah dalam dua pusingan.
pusingan ketiga, Puan Choi menghidangkan 3 sayuran bersama ayam
yang menggunakan soya sebagai bahan perasa.
manakala Jang Geum menghidangkan makanan laut yang dimasak menggunakan cuka
pisang kaki istimewa ibunya. Maharaja sangat
kagum apabila mengetahui akan keistimewaan cuka pisang kaki yang telah ditanam selama
bertahun-tahun, dan ini membawa kemenangan
pertama buat Jang Geum.
namun, pada masa ini Ratu menyedari selepas 3 pusingan
hanya Jang Geum yang muncul menghidangkan makanan dan mula mencari kelibat Puan
Han. Puan Jung terpaksa menjelaskan bahawa
Puan Han masih belum balik selepas keluar istana mencari bahan-bahan sejak malam
tadi. Berita itu benar-benar mengejutkan
semua.
1) Entri sebelum: Jewel In The Palace Episod 19
2) Entri selepas: Jewel InThe Palace Episod 21
3) Ke Halaman senarai episod
2) Entri selepas: Jewel InThe Palace Episod 21
3) Ke Halaman senarai episod
No comments:
Post a Comment