Monday, July 16, 2012

Jewel In The Palace Episod 39


Maaflah sebab lama tak update. Saya dapat sedikit kemalangan hingga menyebabkan mata kiri saya bengkak+merah..Jangankan TV, tengok monitor pun tak boleh, air mata tak berhenti mengalir.Seminggu jugaklah..Bila dah nak sembuh, kena demam pulak 3 hari.

Sekarang ni memang dah tak on track.. Hari ini di TV dah masuk episod 51, maknanya lagi tinggal 3 episod nak tamat. Jadi, aku rasa aku memang tak akan dapat buat recap yang selari dengan TV..minta maaf la yek.. Sekarang ni pulak ada banyak komitmen.

Okey, untuk episod yang seterusnya...

Jang Geum keluar dari dapur selepas dihalau Geum Young, dan menyiapkan hidangan di dapur lain. Geum Young kebetulan turut sedang menyediakan hidangan untuk Maharani. Ketika menghidangkan, Maharani menolak hidangan Geum Young, dan memohon maaf kerana terlupa memberitahu bahawa dia telah meminta Jang Geum menyediakan makanan untuknya.

Geum Young benar-benar tersinggung dan semakin benci akan Jang Geum. Dia segera meminta Yuh Ri berjumpanya dan bersetuju untuk menerima tawaran Yuh Ri untuk menyingkirkan Jang Geum tempoh hari. Yuh Ri berjanji akan melaksanakan tugasnya dan hanya akan memberitahu 'harga' pekerjaan tersebut selepas ia selesai.

Jang Geum balik ke rumah dengan perasaan gembira apabila mengenangkan Maharani yang mulai menyukainya. Na Joo Daek dan Duk Goo menyambut kepulangan Jang Geum dengan hati yang senang. Na Joo Daek sebenarnya begitu risaukan keadaan Jang Geum yang 'tidak sunyi' dari ujian-uijan hidup semenjak dari kecil hinggalah dia kembali semula ke istana sebagai doktor wanita. Apapun, saya paling suka bila Duk Goo sebut nama Jang Geum..=) Tiap kali dia nampak Jang Geum, mesti dia sebut nama Jang Geum dengan penuh kasih sayang.


Yeon Saeng sudah tentu mendapat perhatian kawan-kawan rapatnya; Puan Min, Chang dan Jang Geum pada keesokannya selepas dikunjungi Maharaja setelah sekian lama dilupakan. Lebih menggembirakan apabila Maharaja berjanji akan mengunjungi lagi Yeon saeng pada masa akan datang.. Dan yang paling menyibuk, sudah tentulah Puan Min yang tidak sudah-sudah dengan 'ajaran sesatnya' untuk memikat hati maharaja. haha

Yuh Ri sengaja mengenakan Jang Geum. Dia tidak memberitahu tentang pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan daripada Jang Geum, malah menyuruhnya menggantikan tempatnya untuk merawat Maharani. Ini menimbulkan pandangan negatif di kalangan rakan sekerja; seolah-olah Jang Geum sengaja mengada-ngada hanya mahu merawat maharani yang sudah mula menyukainya, dan tidak mahu melakukan kerja rawatan pada golongan wanita istana. Jang Geum dikenakan tindakan mengemas bilik mesyuarat serta tidak dibenarkan ke tempat maharani.

sekali lagi Yuh Ri mengenakannya, dengan menyembunyikan satu notis penting tentang larangan campuran bahan makanan yang diletakkan di bilik tersebut. Jang Geum dituduh cuai hingga menyebabkan keracunan makanan berlaku. Jang Geum dihantar untuk bertugas di luar. Kebetulan wabak sedang melanda kampung berhampiran.
Yuh Ri yang menggedik dengan Dr Yoon Soo
Jang Geum terpaksa menyertai kumpulan perubatan yang diketuai oleh Dr Yoon Soo untuk menangani wabak di kampung berhampiran. Turut serta, Min Jung Ho sebagai timbalan duta. Dr Yoon Soo yang berpakat dengan Yuh Ri, sengaja merancangkan sesuatu untuk menyingkirkan Jang Geum. Dia sengaja mengupah orang untuk mengaku bahawa Jang Geum (yang bertugas di stor bekalan ubat) telah menyeludup keluar ubatan untuk dijual. Namun, Dr Jo menyelamatkan keadaan, kerana sebenarnya Dr Jo meminta untuk 'switch' tugasan dengan Jang Geum. Mana mungkin Jang Geum menyeludup ubatan sebab yang bertugas di stor pada masa itu adalah Dr Jo.

Yuh Ri dan beberapa doktor wanita yang lain dihantar pula ke kampung berkenaan untuk membantu apabila didapati keadaan wabak semakin teruk. Oleh kerana keadaan tidak terkawal dan dikhuatiri merebak ke istana, pihak kerajaan memutuskan untuk meninggalkan kampung dan membakarnya sebagai usaha terakhir agar wabak tidak berleluasa. Yuh Ri ditugaskan untuk membawa mesej tersebut secara senyap-senyap, kerana kesemua kumpulan perubatan serta pegawai-pegawai kerajaan perlu meninggalkan tempat tersebut sebelum kampung itu dibakar. Yuh Ri bagaimanapun tidak menyampaikan mesej tersebut kepada Jang Geum, malah menyuruhnya ke kampung lain yang agak jauh untuk mendapatkan bekalan ubat.

Jang Geum yang tidak mengetahui akan niat jahat Yuh Ri, segera bergegas mendapatkan bekalan ubatan. Manakala kesemua orang kerajaan sudah mulai berkumpul secara senyap untuk meninggalkan kampung. Ketika kesemua mereka selamat keluar dan kembali ke istana, jalan keluar-masuk kampung telah pun ditutup dan tiada seorang pun dibenarkan masuk dan keluar ke kampung tersebut.

Jang Geum yang baru kembali dari mendapatkan bekalan ubat di kampung berhampiran, rasa hairan kerana mendapati pusat rawatan kosong. Orang kampung juga semuanya berkeadaan panik dan sebilangan besar cuba untuk meninggalkan kampung. Jang Geum bertanya kepada salah seorang penduduk, dan barulah dia mendapat tahu bahawa sebenarnya kesemua pasukan perubatan dan orang kerajaan telah pun meninggalkan kampung berkenaan secara senyap.

Sementara itu, kumpulan terakhir yang terdiri daripada pasukan perubatan dan orang kerajaan telah sampai ke istana. Mereka bakal dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk dihantar ke kampung-kampung lain bagi menangani wabak yang sama. Pada masa ini, Min Jung Ho perasan akan ketiadaan Jang Geum yang sepatutnya bersama-sama pasukan perubatan. Pada masa ini, dia berasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Tanpa menghiraukan keselamatan diri, Min Jung Ho nekad masuk semula ke kampung yang telah ditutup untuk tujuan dibakar bagi menghapuskan wabak. Walaupun dihalang, Min Jung Ho tetap berkeras dan mula mencari Jang Geum di serata kampung.

Akhirnya Jang Geum ditemuinya sedang menangis di sebuah pondok. Jang Geum menyatakan, nasibnya tidak ubah seperti penduduk kampung yang telah ditinggalkan pihak kerajaan; iaitu apabila dia secara sengaja ditinggalkan oleh rakan-rakan sepasukan dalam kumpulan perubatan.

Tuesday, July 3, 2012

Jewel In The Palace Episod 38

Oleh kerana Ratu tidak menerima rawatan dalam tempoh yang panjang, tubuhnya terjejas teruk. Ratu tidak dapat menelan sebarang ubat, malah hilang selera menjamah makanan. keadaannya yang lemah juga menyebabkannya tidak mampu menjalani rawatan akupuntur. Setelah diperiksa, beliau didapati menghidap sakit beriberi.

Geum Young yang bertugas menyediakan makanan ratu, diminta oleh pihak doktor agar menyediakan makanan yang mengandungi bawang putih, kacang merah, barli serta beberapa jenis bahan lain yang baik untuk mengatasi sakit beriberi. Malangnya, kesemua makanan ini merupakan makanan yang tidak disukai Ratu. Jang Geum yang mengetahui hal ini, telah merayu kepada Geum Young untuk memberinya menu makanan baginda ratu agar dapat memepelajari corak pemakanannya.

Jang Geum berjumpa Dr Shin dan menyatakan mungkin penyakit beriberi baginda ratu disebabkan oleh corak pemakanannya yang langsung tidak mahu menjamah beberapa jenis bahan yang baik untuk kesihatan tubuh, seperti bawang putih, dan mempunyai mekenana kegemaran lain yang tidak elok untuk kesihatan. Jang Geum mencadangkan agar mencampurkan kesemua bahan yang baik untuk merawat beriberi dan dibentuk menjadi tablet yang kelihatan seperti ubat. Dr Shin bersetuju dan meminta Jang Geum sendiri melaksanakannya, namun merahsiakan bahan-bahannya daripada sesiapa buat masa tersebut.

Semasa waktu makan, baginda ratu seperti biasa menolak makanan yang disediakan kerana terasa mahu muntah. Ketika Jang Geum memberi tablet yang dibuatnya, ternyata Ratu boleh menerimanya, malah menyukai rasanya. Ini sudah tentu mengecewakan Geum Young, Puan Choi dan Yuh Ri. Yuh Ri yang tidak berpuas hati bersemuka dengan Dr Shin dan menyatakan tugasan membuat tablet adalah kerjanya dan tidak patut diberikan kepada Jang Geum yang hanya seorang pelatih. Sebaliknya Dr Shin menjawab kerja tersebut memang diberi kepada Jang Geum kerana dia lebih sesuai.

Yuh Ri yang dengki tahap gaban, mula mengekori Jang Geum yang menggunakan dapur di kediaman Yeon Saeng untuk melihat sendiri bahan-bahan tablet tersebut. Selepas mengetahui bahan-bahannya, Yuh Ri yang terkejut segera melaporkan kepada Dr Yoon Soo. Kebetulan Maharani muncul dan meminta Yuh Ri menunjukkan tempat tablet tersebut dibuat.


Kesemua yang melihat bahan utama tablet tersebut sangat terkejut, iaitu bawang putih. Maharani memandangnya sebagai satu penghinaan kerana bawang putih merupakan bahan yang paling tidak disukai Ratu. manakala pihak hospital memandangnya sebagai satu 'kerja bodoh', kerana tablet itu tidak mengandungi sebarang jenis ubatan, melainkan menggunakan bahan makanan semata-mata. Dr Shin dan Jang Geum digantikan dengan orang lain dan bakal dihukum.

Ketika ratu dibawakan sup berubat, maharani serta doktor lain rasa hairan kerana baginda ratu sudah dapat menerimanya malah kelihatan semakin sihat. Rupa-rupanya ia disebabkan oleh kesan tablet yang mengandungi bahan makanan yang memulihkan kesihatan dalaman Ratu. Dr Shin dan Jang Geum dipanggil untuk berjumpa Ratu. Pada masa inilah Dr Shin menjelaskan bahawa kesihatan yang baik bermula daripada cara pemakanan. Oleh kerana Ratu tidak mampu menerima sebarang ubat yang terlalu 'berat' untuk diterima tubuhnya, Dr Shin memutuskan bawang putih adalah 'ubat' terbaik untuk ratu untuk memulihkan sakitnya beransur-ansur. Dr Shin yang dipuji bagaimanapun memberitahu, sebenarnya kesemua itu adalah idea Jang Geum yang telah melakukan kajian ke atas corak pemakanan Ratu.

Jang Geum mendapat pujian di kalangan doktor-doktor wanita yang lain, suudah tentu membuatkan Yuh Ri semakin iri hati. Sida Sang San mencari Dr Shin dan Jang Geum dan berpesan agar mengenakan pakaian rasmi untuk menerima penghargaan daripada pihak istana.

Pada masa inilah Sida Sang San perasan bahawa Jang Geum adalah bekas wanita istana yang pernah betugas di dapur diraja suatu ketika dahulu. Sida Sang San yang memang rapat dengan Mendiang Puan Jung dan Puan Han (orang-orang yang turut rapat dengan Jang Geum), menyatakan beliau sendiri rasa sedih dengan kejadian itik sulfur yang menyebabkan huru-hara. Sida Sang San berpesan kepada Jang Geum, jika dia memerlukan pertolongan, jangan segan-segan untuk memberitahunya.

Puan Choi dan Dr Yoon Soo bertemu untuk membincangkan keadaan Jang Geum yang nampaknya semakin kukuh. Yuh Ri yang sudah beberapa kali ternampak akan pertemuan senyap-senyap itu, akhirnya mendapat tahu Jang Geum merupakan musuh Puan Choi.

Kejayaan Jang Geum diraihkan oleh kawan-kawan rapatnya, Puan Min, Chang serta Yeon Saeng. Mereka masak bersama-sama dan mengadakan makan-makan di kediaman Yeon Saeng. Pada waktu ini, Puan Min menimbulkan isu Yeon Saeng yang dikatakan telah bertembung dengan Maharaja tempoh hari. Puan Min memarahi Yeon Saeng bila mendapat tahu Yeon Saeng langsung tidak berani mengangkat muka memandang maharaja. Selepas selesai makan-makan, Puan Min dan Chang membawa Yeon Saeng ke kawasan taman untuk mendapatkan terapi yang kononnya untuk menaikkan seri wajah Yeon Saeng agar disukai maharaja. Puan Min mengajarnya cara menarik nafas semasa bulan purnama, agar dipenuhi dengan 'aura' kecantikan. Tidak cukup dengan itu, Puan Min mengajarnya tips-tips untuk memikat maharaja.

Pada masa yang sama, sebenarnya maharaja telah berkunjung ke kediaman Yeon Saeng. Ketika rombongan maharaja sampai, Yeon Saeng didapati tiada di rumahnya. Sida Sang San mengarahkan orangnya agar mencari Yeon Saeng di sekitar istana. Setelah ditemui, pengawal menyuruh Yeon Saeng cepat kembali ke kediamannya kerana maharaja sedang menunggu.kunjungan maharaja yang tidak disangka-sangka itu memeranjatkan mereka bertiga. Yeon Saeng cepat-cepat kembali, namun setibanya di kediaman, maharaja telah pun tiada kerana menunggu terlalu lama. Yeon Saeng terlalu sedih lalu menangis sehingga terlelap.

Namun, semasa Yeon Saeng terlelap, Maharaja datang kembali. Malam itu Yeon Saeng melayan maharaja bersantap, malah cuba mempraktikkan tips-tips yang diajar oleh Puan Min. Maharaja yang perasan akan Yeon Saeng yang ada inisiatif melayannya (berbanding senyap dan takut-takut sahaja seperti perangai semulajadinya), Maharaja segera bertanyakan dari mana Yeon Saeng mempelajarinya. Sudah tentu pertanyaan itu buat Yeon Saeng ketakutan, namun sebaliknya Maharaja rasa terhibur dan memuji Yeon Saeng sangat comel.

Jang Geum dipanggil Maharani untuk datang mengadapnya. Maharani mengucapkan terima kasih kerana Jang Geum telah menyelamatkannya semasa dia keguguran anak kembar tempoh hari. Maharani turut memuji tindakan Jang Geum yang berjaya memujuk Ratu menerima rawatan melalui teka-teki dan ideanya membuat tablet bawang putih. Maharani mulai perasan seperti pernah melihat Jang Geum sebelum ini. Tahulah dia Jang Geum merupakan wanita istana yang menjadi pembantu Puan Han suatu ketika dahulu. Maharani menyatakan bahawa beliau begitu merindui Puan Han, serta dapat memahami kesukaran Jang Geum yang dibuang istana menjadi hamba kerajaan selepas itu. Maharani memberitahu mungkin Jang Geum mahu mendapatkan keadilan untuk Puan Han, namun ini bukan masanya. Malah maharani berjanji, tiba masanya dia pasti akan membantu Jang Geum. Ini pasti satu perkara yang menyenangkan hati Jang Geum.

Maharani yang masih ingat akan masakan gulungan penkek gandum Jang Geum pada hari pertandingan suatu ketika dahulu, meminta agar Jang Geum memasakkan untuknya. Jang Geum dengan besar hati sudi memenuhinya. Jang Geum ke istana dapur diraja dengan tujuan untuk menyediakan hidangan tersebut. Pada waktu ini, Geum Young datang dan bertanyakan kenapa Jang Geum boleh berada di dapur tersebut.

Monday, July 2, 2012

Jewel In The Palace Episod 37

Ratu sebenarnya sangat marah kerana mengetahui Doktor Lee (yang pernah mengajar semasa Jang Geum dalam latihan) telah dipecat oleh maharaja. Dr Lee juga mempunyai tali persaudaraan dengan Ratu. Dia juga diberitahu akan Doktor Shin yang pernah memberi diagnosis yang salah kepada salah seorang pegawai kerajaan, maka dia dituduh sebagai doktor tidak berkelayakan. Ratu turut dihasut bahawa Doktor Shin merupakan orang kepada menteri Kanan kerajaan, Menteri Park yang telah mencadangkan agar kos pertahanan negara diambil daripada pendapatan menteri-menteri.Yup, sudah tentu ini dalang Menteri Oh, Puan Choi dan sekutu-sekutu mereka. Maka, Ratu enggan menerima sebarang rawatan. Manakala maharaja enggan menjamah sebarang makanan sehingga bondanya mahu menerima rawatan.


Ratu



Puan Choi dan Menteri Oh yang menjadi dalang

Menteri Park, menteri kanan merangkap guru Min Jung Ho

Maharaja yang mengetahui punca tersebut, kini dalam dilema, sama ada memilih bondanya atau meneruskan cadangan menteri Park, yang juga selari dengan prinsip pemerintahan baginda. Maharaja memutuskan untuk memecat Doktor Shin kerana tidak mahu menjadi anak yang melukakan hati bondanya, meskipun ditegah oleh maharani agar tidak mencampur-adukkan hal peribadi dan hal pentadbiran.

Dr Lee

Dr Shin merayu kepada Ratu

Doktor Shin tidak peduli jika dia dijatuhkan hukuman sekalipun, asalkan Ratu menerima rawatannya, lantaran Ratu mempunyai masalah kesihatan serius yang memerlukannya mengambil ubat secara teratur. Ratu menengking Dr Shin dan menghalaunya keluar daripada kediamannya ketika Doktor Shin merayu agar Ratu menerima rawatan. Jang Geum yang rasa bersalah kerana isu pemecatan Dr Lee berkaitan dengan dirinya, segera melutut dan merayu kepada maharani. Ini sudah tentu dianggap sangat biadap memandangkan Jang Geum berjawatan rendah.



Jang Geum merayu agar Ratu tidak merisikokan nyawa sendiri dan nyawa maharaja. Ratu yang tidak faham dengan kata-kata Jang Geum segera bertanyakan maksud Jang Geum. Jang Geum mengatakan nyawa Ratu dan Maharaja sangat bernilai. Namun perlakuan Ratu yang tidak mahu menerima rawatan sangat merisaukan maharaja. jika Ratu mahu merisikokan nyawa seseorang, biarlah orang tersebut adalah nyawanya (Jang Geum) sendiri. baginda Ratu semakin tertanya-tanya dan meminta penjelasan lanjut. Jang geum menyatakan, Ratu harus menerima untuk menjawab satu soalan teka-teki. Jika Ratu menang, Jang Geum rela memberi nyawanya. Jika Ratu kalah, dia harus sanggup menerima rawatan daripada Dr Shin. Ratu bersetuju.

Soalannya adalah Ratu harus memberikan jawapan, iaitu meneka seseorang berdasarkan pembayang yang diberi. "Dia dalah seorang pakar pemakanan. Malah Raja China yang memulakan lantikan pakar pemakanan bermula daripada orang ini. Orang ini umpama hamba di rumahnya kerana menanggung beban kerja yang lebih daripada seorang hamba. Namun dia juga merupakan guru yang paling dihormati. Sepanjang dia masih hidup, dunia akan rasa selamat. Namun jika dia mati, seluruh negara bagai dilanda badai banjir." jang Geum hanya meberi masa sehari untuk ratu memikirkan jawapan, kerana bimbang akan kesihatan ratu yang tidak menerima rawatan.
teka-teki Jang Geum yang mendapat perhatian ramai

Young Ro mengerah para dayang istana mencari jawapan

Satu istana heboh dengan kejadian ini. masing-masing sibuk mencari jawapan. Ini termasuk Puan Choi sendiri. Tidak terkecuali maharaja dan kakitangan hospital sendiri. Akhirnya Puan Choi mendapat jawapan daripada Geum Young. ia segera dikhabarkan kepada ratu. tetntu sekali dengan harapan Jang Geum dihukum.

Shin Bi tidak puas hati kerana jang Geum merahsiakan jawapan daripadanya

Pada keesokan hari, tibalah hari ratu memberi jawapan. Peliknya, tanpa memberikan sebarang jawapan, Ratu bersetuju untuk menerima rawatan daripada Dr Shin. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya, dan sekali lagi seluruh istana dilanda perasaan tanda tanya. Hal ini sampai kepada maharaja, dan baginda sendiri datang berjumpa bondanya. Maharaja menegur tindakan Jang Geum yang membuatkan bondanya dibebani masalah berfikir mencari jawapan teka-teki tersebut, dan mungkin memburukkan lagi kesihatan ratu.

Ratu menjelaskan, dia tidak berfikir susah sangat kerana Puan Choi telah memberitahu jawapannya, iaitu "ibu' atau diri baginda Ratu sendiri. Ratu meminta jang Geum menjelaskan jawapan tersebut.

Seorang ibu merupakan pakar pemakanan terbaik kerana seorang ibu pasti menjaga makan-minum anaknya dengan baik. Sentiasa mengambil tahu tentang makanan yang baik dan berbahaya untuk kesihatan anaknya. Dia dikatakan seperti hamba kerana sering memikirkan tentang masalah anaknya, malah menanggung segala beban untuk meringankan beban keluarga terutama anaknya sendiri. Namun dalam masa yang sama, seluruh keluarganya pasti menghormati ibu yang sebegini. Kemudian baginda Ratu menyambung, asalkan beliau masih hidup, maharaja akan rasa selamat. Namun jika dia mati, maharaja pasti menangisi pemergiannya.

Justeru, bagaimana dia boleh membiarkan maharaja bimbang dan terbeban dengan kelakuannya. Ratu merasakan Jang Geum agak biadap dengan memberikan teka-teki tersebut. Namun tindakan jang Geum memberinya satu kesedaran. Maharaja turut terkesan akan huraian jawapan tersebut hingga tiada antara mereka yang tahu apa yang patut dilakukan pada Jang Geum meskipun dianggap biadap memandangkan dia baru sahaja memberi satu jalan penyelesaian. Secara halusnya, teka-teki itu sebenar satu teguran buat hubungan ratu dan maharaja. Ratu menerima rawatan yang diberikan. namun, tubuhnya sudah terlalu lemah kerana sudah beberapa hari tidak menjalani rawatan secara teratur.

Yeon Saeng yang terlalu bimbangkan keselamatan jang Geum menunggu sahabat baiknya itu di luar kediaman ratu. dia sangat lega apabila mengetahui ratu sudah mahu menerima rawatan dan jang Geum tidak menerima hukuman. dalam perjalanan balik, Yeon Saeng bertembung dengan Maharaja. Maharaja bertanya kepada Sida Sang San siapakah Yeon Saeng, kerana seperti pernah melihatnya sebelum ini.. (berapa banyak dah gundik maharaja ni sampai tak ingat.........). Yeon Saeong sudah tentu sedih kerana terbukti maharaja terlupa akan kewujudannya.

Satu berita mengejutkan dikhabarkan. Ratu mengalami muntah-muntah yang teruk, hingga mengundang kehadiran maharaja untuk melihat keadaan bondanya.

Sunday, July 1, 2012

Jewel In The Palace Episod 36


Secara ringkasnya, episod kali ini mengenai Jang Geum yang mempunyai diagnosis berbeza daripada Yuh Ri (dalam tv sebut  Yeo Lee). Berdasarkan diagnosis Jang Geum, maharani mungkin mempunyai anak kembar, seorang dah keluar hari tu, dan satu lagi masih ada di dalam rahim. Oleh kerana kaedah rawatan mengikut diagnosis Yuh Ri tidak menunjukkan sebarang perubahan, Doktor Jung (iaitu ketua Doktor yang merawat maharani) mengambil keputusan merawat maharani berdasarkan diagnosis Jang Geum dan disokong oleh Prof Shin. Prof Shin dari unit latihan telah dilantik menjadi doktor peribadi yang merawat Ratu. Bagaimanapun, Doktor Yoon Soo membantah kerana Yuh Ri lebih berpengalaman dan Jang Geum hanyalah doktor pelatih.
Shin Bi memberitahu Dr Shin akan perbezaan diagnosis Jang Geum

Dr Yoon Soo yang menentang keras akan diagnosis Jang Geum

Dr Jung yang meyakini diagnosis Jang Geum


Yuh Ri turut enggan melakukan rawatan akupuntur kepada maharani kerana tidak mahu meneruskan rawatan yang bukan berdasarkan diagnosisnya. Doktor Jung mengambil risiko dengan membenarkan Jang Geum mengambil alih dan dibantu oleh Shin Bi. Namun, selepas 2 hari rawatan, masih tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Puan Min dan Chang yang mengetahui hal ini sangat bimbang kerana ia boleh membahayakan nyawa Jang Geum sekiranya rawatan tersebut memudaratkan maharani. Yeon Saeng turut berdoa setiap hari agar maharani segera sembuh agar nyawa Jang Geum selamat.

Pada hari ke-3 rawatan, maharaja sendiri yang sudah hilang kesabaran mengambil keputusan berangkat ke kediaman maharani untuk melihat keadaan itu sendiri, setelah mendapat tahu maharani mengalami sesak nafas. Tepat pada masanya, maharani mengalami pendarahan, dan janin kedua yang telah meninggal, keluar akhirnya. Selepas itu, kesihatan maharani beransur pulih.

Yuh Ri membuat pengakuan secara terbuka semasa mesyuarat bahawa dia yang terlalu sombong dan terlalu meyakini diagnosisnya. Dia memohon agar dihukum dengan dihantar ke hospital umum. Namun para doktor memintanya berhenti menyalahkan diri. Ini juga berikutan kebolehan merasa nadi adalah kompleks dan sukar untuk dikuasai. Yuh Ri meminta agar dipindahkan ke bahagian lain dalam istana, kerana masih mahu dihukum dan tidak senang hati jika dimaafkan begitu sahaja. Pengakuan terbukanya memberi imej bahawa seolah-olah dia seorang jujur dan merendah diri.



Namun sebenarnya, ketika berdepan dengan Jang Geum sendirian, Yuh Ri menunjukkan sifat sebenarnya. Dia memberi amaran kepada Jang Geum bahawa dia tidak boleh dikalahkan. Yes, sudah tentu jang Geum jadi blurr sekejap.

Puan Choi semakin risau kerana kejadian itu semakin menipiskan peluang untuk menyingkirkan Jang Geum dari istana. Min Jung Ho dan gurunya, Menteri Park, telah mencadangkan kepada maharaja agar kos perbelanjaan untuk pertahanan negara diambil sedikit daripada pendapatan para menteri, iaitu 1/10 kerana pendapatan mereka yang agak besar. Ini sangat tidak disenangi oleh Menteri Oh. Puan Choi juga turut tidak senang kerana ini sedikit sebanyak menjejaskannya.

Masalah pula muncul dari Ratu yang juga sedang gering.Ratu tiba-tiba enggan dirawat oleh Doktor Shin. Maharaja dan Maharani datang mengadap Ratu untuk bertanyakan sebab. Namun Ratu hanya menengking dan memarahi  maharaja, iaitu bila kali terakhir maharaja mengambil berat tentang kesihatan bondanya.



1) Entri sebelum: Jewel In The Palace Episod 35
2) Entri selepas: Jewel InThe Palace Episod 37
3) Ke Halaman senarai episod

Saturday, June 30, 2012

Jewel In The Palace Episod 35


Pertemuan semula antara Geum Young dan Jang Geum mengejutkan mereka berdua. Geum Young tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa mesyuarat.

 Maharani yang sedang mengandung menghadapi simptom keguguran. Semasa Jang Geum bertugas untuk membantu doktor wanita merawat maharani, maharani telah keguguran menyebabkan suasana menjadi agak panik. Jang Geum bagaimanapun menenangkan maharani. Pada masa ini Puan Choi yang sudah memegang gelaran wanita tertinggi istana (jawatan yang pernah dipegang wanita tertinggi Park) muncul bagi membantu maharani..sebab memang tugas wanita tertinggi ni seperti setiausaha yang begitu rapat dengan maharani dan ratu. Apabila menyedari kehadiran Jang Geum, Puan Choi begitu terganggu dan berulangkali bertanya kenapa Jang Geum ada di situ. Jang Geum bagaimanapun meminta Puan Choi menumpukan perhatian untuk membantu maharani.

 Sebenarnya insiden keguguran ini satu lagi rancangan jahat Puan Choi (berdasarkan reaksi Young Ro selepas Puan Choi keluar). semasa perjumpaan para petugas perubatan, mereka sudah tentu membincangkan strategi terbaik untuk rawatan maharani yang mengalami komplikasi buruk selepas keguguran. Inilah satu lagi watak yang bakal mewarnai hidup Jang Geum sebagai doktor pelatih di istana,Yuh Ri.

 Geum Young yang masih tidak percaya dengan kehadiran Jang Geum, memintanya berjumpa secara bersemuka. Jang Geum memenuhi permintaan itu dan menyatakan, ya memang dia adalah 'Jang Geum' yang pernah dikenalinya sebelum berlalu. Puan Choi dan Geum Young masing-masing bereaksi seperti baru 'nampak hantu'.



 Jang Geum cuba mencari Yeon Saeng, namun wanita-wanita istana yang junior tidak mengenali nama tersebut. (kerana Yeon Saeng telah menjadi gundik maharaja dan menggunakan gelaran lain).  Jang Geum kemudian mencari Puan Min yang telah dipindahkan ke bahagian lain. Puan Min kini bertugas di bahagian air di hospital diraja bersama-sama Chang sekali. Pertemuan semula tersebut sudah tentu sangat mengharukan.



 Puan Min menceritakan bahawa, selepas Jang Geum dihantar ke Pulau Jeju,Wanita Tertinggi Park telah dibuang dari istana atas tuduhan menganjurkan satu jamuan peribadi menggunakan dana kerajaan. Sebenarnya ia adalah komplot jahat yang dirancang Puan Choi. Selepas itu, Puan Choi naik menggantikan Puan Park, dan melantik Geum Young sebagai wanita pertama. Kuasa Keluarga Choi semakin 'mantap' di istana sejak itu. Manakala Puan Min dan Chang dikeluarkan dari dapur diraja dan sering berpindah bahagian selepas itu. Jang Geum bertanyakan hal Yeon Saeng, dan Puan Min memberitahu Yeon Saeng telah diambil oleh maharaja selepas melihatnya bermain dengan anjing milik baginda. Namun, maharaja hanya berjumpanya sekali, dan tidak pernah mengunjungi Yeon Saeng lagi selepas itu.

 Semasa mengunjungi kediaman Yeon Saeng, Jang Geum mendapatinya sedang melakukan upacara doa. Ramai yang menyangka Yeon Saeng berbuat demikian agar maharaja datang mengunjunginya, membuatkan dia dipandang rendah. Sebenarnya Yeon Saeng mendoakan keselamatan Jang Geum dan berharap dapat bertemu kembali.

 Pertemuan semula antara mereka berdua sangatlah menyentuh hati. Yeon Saeng meminta maaf kepada Jang Geum kerana tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantunya, meskipun mempunyai kedudukan yang sepatutnya rapat kepada maharaja.

 Min Jung Ho dan gurunya berusaha mengumpul semula bekas-bekas pegawai kerajaan yang mahir untuk berkhidmat semula dalam pentadbiran. Sudah tentu ini mendapat tentangan hebat daripada Menteri Oh yang cenderung mahukan 'orang-orangnya' berkuasa di istana. Maharaja bagaimanapun bersetuju dengan usul tersebut menyebabkan Menteri Oh mula diserang kebimbangan. Puan Choi apatah lagi, kerana itu boleh mengganggu pengaruh keluarga mereka di istana.

Min Jung Ho dan gurunya mengatur satu perjumpaan untuk menjamu Menteri Oh dan pengikutnya. Mereka sengaja dijamu itik sulfur yang pernah dijadikan bahan untuk menganiaya Puan Han suatu masa dahulu. Ini sebagai satu tanda kepada mereka bahawa pihak Min Jung Ho mengetahui kerja-kerja jahat mereka selama ini, malah dengan jelas menegaskan mereka akan membalas sekiranya mereka 'diserang'. Ini membuatkan Menteri Oh dan pengikutnya terpaksa akur dan tidak bercadang menentang usul yang telah dikemukakan kepada maharaja berkenaan pengambilan bekas pegawai masuk kembali ke dalam kerajaan. Min Jung Ho turut bersemuka secara peribadi dengan Choi Pan Sool, dan memberi amaran agar tidak 'menyentuh' Jang Geum. Kali ini, kelurga Choi benar-benar terpana kerana Jang Geum bukan seorang yang mudah dihapuskan dengan sokongan yang diberikan oleh Min Jung Ho. Ketika Min Jung Ho bertembung dengan Geum Young, dia menyatakan dia tidak berniat untuk mengancam keluarganya, jauh sekali mahu melayan Geum Young dengan buruk begitu.Geum Young seharusnya tahu keadaan yang memaksa Min Jung Ho bertindak sedemikian.
Puan Choi meminta bantuan Doktor Yoon Soo yang kebetulan bertugas sebagai doktor diraja untuk berbuat sesuatu agar Jang Geum disingkirkan dari istana. Doktor Yoon Soo sengaja meletakkan Jang Geum dan Shin Bi di bawah seliaan Doktor Jo Chil Bok, iaitu seorang doktor yang sering melakukan kesilapan. Jika Jang Geum menurut ajaran Doktor Jo yang 'sesat', sudah tentu peluang Jang Geum melakukan rawatan yang salah kepada pesakit boleh berlaku, seterusnya boleh dijadikan alasan untuk menghantar Jang Geum ke hospital umum.
 Jang Geum dan Shin Bi yang turut serta dalam rawatan maharani yang semakin teruk kesihatannya, sedang berbincang di perpustakaan untuk mencari penyelesaian. Jang Geum menyatakan pada Shin Bi ada sesuatu yang tidak kena pada maharani ketika melakukan pemerhatian. Perkara ini didengari Yuh Ri yang bertugas sebagai doktor wanita yang melakukan diagnosis ke atas maharani, lantas bertanya sama ada diagnosisnya bermasalah. Ini kerana dia dikenali sebagai doktor yang sentiasa tepat diagnosisnya, sudah tentu rasa tercabar apabila jang Geum seolah-olah meraguinya. Apatah lagi Jang Geum dan Shin Bi hanyalah doktor pelatih yang baru memulakan tugas di istana.


1) Entri sebelum: Jewel In The Palace Episod 34
2) Entri selepas: Jewel InThe Palace Episod 36
3) Ke Halaman senarai episod

Friday, June 29, 2012

Jewel In The Palace Episod 34


Entri kali ini mungkin ‘melompat’ jauh daripada epsod yang ditulis sebelum ini. Memandangkan ramai pembaca yang mencari episod yang selari dengan siaran TV Al Hijrah sekarang ini, saya turutkanlah. Niatnya nak tulis episod demi episod, tapi sekarang di TV masuk episod 34 dah.

Jadi, saya akan tulis episod yang selari di TV (mungkin juga 1 episod lebih advance), dan masa yang sama akan siapkan recap untuk episod-episod yang lepas. Apapun, terima kasih sebab sudi membaca, =)
Professor Shin memutuskan untuk mengadakan sekali lagi ujian berkenaan pengkelasan herba. Kali ini Jang Geum berjaya menjawab dengan betul, iaitu setiap herba boleh menjadi ubat dan racun mengikut penggunaannya.
Proffesor Shin lega akhirnya Jang Geum memahami prinsip asas yang dimahukannya. Namun, Prof Shin berpesan, karakter orang tidak akan berubah sekelip mata, terutama jika seseorang itu bijak. Dan tidak semua orang yang bijak itu layak menjadi doktor (dalam tv tulis tabib). Jang Geum semakin sedar, dia selama ini ‘bangga’ dan ‘sombong’ kerana menganggap dirinya tahu lebih banyak berbanding orang lain. Prof shin berpesan, Jang Geum harus belajar untuk menjadi seorang yang berfikir panjang.

Walaupun Shin Bi agak ‘slow’ berbanding Jang Geum dari segi penguasaan silibus, ternyata dia lebih teliti dan hati-hati dalam memenuhi karakter seorang doktor. Mungkin ini disebabkan niatnya yang murni (berbanding Jang Geum yang mahu membalas dendam). Semasa kecil dahulu Shin Bi pernah dirawat seorang doktor tanpa dikenakan bayaran kerana terlalu miskin. Sejak itu, Shin Bi berazam untuk memenuhi pesanan doktor tersebut agar membantu orang lain di masa akan datang, maka dia mengambil keputusan untuk menjadi doktor wanita.

Mereka sekelas mula sibuk dengan persiapan menghadapi peperiksaan akhir.
Macam biasa, minah sorang ni over-acting, kononnya banyak pengalaman.

Sekali dalam kelas praktikal orang bersalin, dia nilah orang pertama pengsan. Haha.
Jang Geum menerima kunjungan dari seorang yang tidak disangka-sangka, iaitu gurunya, Doktor Jangduk. Dalam kegembiraan, Doktor Jung datang membawa khabar duka. Rupa-rupanya wujud perbalahan antara Prof Shin dan Prof Lee. Prof Lee mahu memberi gred gagal kepada Jang Geum dan Shin Bi kerana tidak menurut arahannya pada masa lepas, iaitu menjadi pelayan di parti keramaian. Jika diberi gred gagal, sudah tentu Jang Geum gagal daripada kursus tersebut, kerana dia sudah diberi 2 gred gagal sebelum ini. Cukup 3 gagal, maka gagallah..
Prof Lee turut mengugut Prof Shin, jika dia adukan hal menyuruh para pelatih doktor wanita dalam kursus berkenaan menjadi pelayan kepada maharaja, dia turut akan mendedahkan kisah silam Prof Shin yang pernah tersalah memberi diagnosis kepada salah seorang pegawai kesayangan maharaja hingga menyebabkan kematian. Dia juga mengugut Prof Shin ada niat buruk kerana beria-ia melatih  calon-calon doktor perempuan berbanding dinaikkan pangkat..kononnya macam Prof Shin ni pervert lah..

Doktor Jung dan Doktor Jangduk juga kesal kerana mereka tidak dapat membantu dalam hal ini. Jang Geum rasa sangat sedih kerana impiannya untuk kembali ke istana sudah kelihatan berkecai. Dia cuba mencari Min Jung Ho untuk menenangkan dirinya, namun Min Jung Ho tiada di rumah.
Prof Shin menerima tekanan untuk memberikan gred yang terakhir. Dia berfikir panjang-panjang malam itu... berfikir dalam-dalam.

Akhirnya..
Keesokan harinya, hari yang ditunggu-tunggu. Hari terakhir latihan a.k.a hari pengumuman keputusan keseluruhan.  Orang pertama yang disebut sebagai calon mendapat 3 gred gagal, Shin Bi. Kedua, Jang Geum. Memenuhi niat Prof Lee yang tidak berpuas hati dengan mereka berdua.
Seterusnya...suasana jadi gamat apabila satu demi satu nama disebut dan kesemuanya gagal! ini koleksi muka terkejut:




Dan yang paling manang:

Pegawai Tertinggi dari istana sangat marah apabila mengetahui kesemua calon gagal, ini kerana kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang dalam mengadakan kursus berkenaan. Beliau akhirnya mengambil keputusan menguji sendiri calon-calon berkenaan. Maka, ujian ulangan dibuat.
Amat memeranjatkan si beliau kerana ternyata batch kali ini lebih baik berbanding yang lepas-lepas. Apatah lagi Jang Geum didapatinya sangat baik dari segi kemahiran perubatan mahupun teori. Setelah disoal-siasat, diketahui ia berpunca daripada Prof Lee yang memberi arahan kepada para pelatih menjadi pelayan dan menggunakan situasi ini dalam sistem pemberian gred. Maharaja yang dimaklumkan hal ini sangat murka kerana telah diarahkan sebelum ini agar doktor wanita tidak disuruh berbuat demikian. Maharaja mengeluarkan arahan agar tiada doktor wanita yang disuruh menjadi pelayan di masa akan datang.
Hari konvo pun tiba. Ada yang dihantar ke hospital komuniti dan ada yang ke hospital kem tentera. Pelajar terbaik akan dihantar ke hospital diraja dalam istana. Ketika tiba giliran Jang Geum, dia bukan sahaja menerima skrol, malah...

Pas keluar-masuk istana! Cool kan... bagi saya, ini jauh lebih cool daripada jadi wanita istana yang asyik terperap dalam istana dan tidak boleh keluar kecuali mendapat kebenaran. Shin Bi turut mendapat tempat di hospital diraja.
Paling sweet bila Min Jung Ho sendiri datang menjemput Jang Geum. Boleh lagi diaorang gurau-gurau. =p

Min Jung Ho menyatakan pasti keadaan Jang Geum tidak sama seperti dahulu walaupun bakal kembali ke istana. Jang Geum bagaimanapun bersedia meskipun tahu dia masuk ke istana kali ini dengan status yang lebih rendah..(?) mak aii.. kalau zaman sekarang, belajar medic tu gempak la. Bila tahu status doktor wanita ni lebih rendah daripada wanita istana, wah.. (speechless)
Doktor Jangduk rupanya duduk terus di rumah keluarga angkat Jang Geum. Sudah tentu yang paling bengang bini Duk Goo. Tapi jangan lupa Doktor jangduk di sama ‘kerek’ macam bini Duk Goo ni. Jadi, memang meriahlah rumah dibuatnya sebab asyik gaduh. Doktor Jangduk sendiri berpesan kepada Jang Geum bahawa doktor wanita bukan seperti doktor lelaki yang dipandang tinggi. Apatah lagi di istana, pasti Jang Geum bakal menempuhi banyak dugaan. Malam itu, merasalah Jang Geum tidur dalam bilik yang dibina sendiri oleh Min Jung Ho.
Keesokan hari, bermulalah tugas baru Jang Geum di istana. Setelah sekian lama, akhirnya dia kembali ke istana. Bercampur-baur pulak perasaan tengok dia kembali melangkah masuk ke istana. Sesekali dia bertembung dengan wanita-wanita istana, dia kena tunduk hormat..maklumlah, statusnya lebih rendah.
Dia dan Shin Bi ‘dibuli’ oleh doktor wanita senior dengan menyuruh mereka melayan karenah wanita istana yang mengalami masalah. Shin Bi agak bengang apabila sebenarnya wanita istana yang mereka rawat itu tidak sakit, cuma mempunyai sedikit masalah wajah dan lenguh-lenguh kaki. Ketika Shin Bi enggan melayan karenah diva wanita istana berkenaan...habis mereka dimaki hamun. Jang Geum segera menenangkan keadaan dan merendahkan dirinya dan bersedia melakukan apa yang disuruh.
Ketika mendapatkan herba, Shin Bi yang masih sakit hati berkata mereka sepatutnya menyelamatkan orang, bukannya melayan karenah sebegitu. Jang Geum menyatakan, suatu ketika dahulu dia pernah menjadi wanita istana dan ini mengejutkan Shin Bi. (tapi dulu-dulu Jang Geum takdelah diva macam minah tu..)

Bukan sahaja tolong basuh kaki, tolong urut... namun Jang Geum siap bagi tips-tips penjagaan kecantikan. Sampai ternganga mulut sorang tu tengok Jang Geum,hahaha. Sampai ke malam mereka dibuli oleh wanita-wanita istana berkenaan.
Selepas selesai tugas tersebut dan mereka dalam perjalanan balik, mereka dikejutkan dengan satu mesyuarat tergempar. Jang Geum yang sudah maklum keadaan tersebut (kerana pernah melalui kehidupan sebagai wanita istana) tahu jika ada keluarga diraja yang menghadapi masalah kesihatan, satu mesyuarat khas yang dihadiri para doktor diraja, pegawai, wanita pertama dan wanita tertinggi.
Ketika tiba di bilik mesyuarat, mereka masih menantikan kehadiran wanita pertama. Dan, inilah wanita istana pertama...

Geum Young! Yang terkejut melihat kehadiran Jang Geum di bilik berkenaan. Jang Geum sudah tentu turut terkejut melihat Geum Young yang menjawat jawatan tersebut. Hah, baru berapa tahun Jang Geum meninggalkan istana..di mana ya Puan Choi?

1) Entri sebelum: Jewel In The Palace Episod 33
2) Entri selepas: Jewel InThe Palace Episod 35
3) Ke Halaman senarai episod