Entri kali ini mungkin ‘melompat’
jauh daripada epsod yang ditulis sebelum ini. Memandangkan ramai pembaca yang mencari
episod yang selari dengan siaran TV Al Hijrah sekarang ini, saya turutkanlah. Niatnya
nak tulis episod demi episod, tapi sekarang di TV masuk episod 34 dah.
Jadi, saya akan tulis
episod yang selari di TV (mungkin juga 1 episod lebih advance), dan masa yang
sama akan siapkan recap untuk episod-episod yang lepas. Apapun, terima kasih
sebab sudi membaca, =)
Professor Shin memutuskan
untuk mengadakan sekali lagi ujian berkenaan pengkelasan herba. Kali ini Jang
Geum berjaya menjawab dengan betul, iaitu setiap herba boleh menjadi ubat dan
racun mengikut penggunaannya.
Proffesor Shin lega
akhirnya Jang Geum memahami prinsip asas yang dimahukannya. Namun, Prof Shin berpesan,
karakter orang tidak akan berubah sekelip mata, terutama jika seseorang itu
bijak. Dan tidak semua orang yang bijak itu layak menjadi doktor (dalam tv
tulis tabib). Jang Geum semakin sedar, dia selama ini ‘bangga’ dan ‘sombong’
kerana menganggap dirinya tahu lebih banyak berbanding orang lain. Prof shin
berpesan, Jang Geum harus belajar untuk menjadi seorang yang berfikir panjang.
Walaupun Shin Bi agak ‘slow’
berbanding Jang Geum dari segi penguasaan silibus, ternyata dia lebih teliti
dan hati-hati dalam memenuhi karakter seorang doktor. Mungkin ini disebabkan
niatnya yang murni (berbanding Jang Geum yang mahu membalas dendam). Semasa
kecil dahulu Shin Bi pernah dirawat seorang doktor tanpa dikenakan bayaran
kerana terlalu miskin. Sejak itu, Shin Bi berazam untuk memenuhi pesanan doktor
tersebut agar membantu orang lain di masa akan datang, maka dia mengambil
keputusan untuk menjadi doktor wanita.
Mereka sekelas mula sibuk
dengan persiapan menghadapi peperiksaan akhir.
Macam biasa, minah sorang
ni over-acting, kononnya banyak pengalaman.
Sekali dalam kelas praktikal orang
bersalin, dia nilah orang pertama pengsan. Haha.
Jang Geum menerima
kunjungan dari seorang yang tidak disangka-sangka, iaitu gurunya, Doktor Jangduk.
Dalam kegembiraan, Doktor Jung datang membawa khabar duka. Rupa-rupanya wujud
perbalahan antara Prof Shin dan Prof Lee. Prof Lee mahu memberi gred gagal
kepada Jang Geum dan Shin Bi kerana tidak menurut arahannya pada masa lepas,
iaitu menjadi pelayan di parti keramaian. Jika diberi gred gagal, sudah tentu
Jang Geum gagal daripada kursus tersebut, kerana dia sudah diberi 2 gred gagal
sebelum ini. Cukup 3 gagal, maka gagallah..
Prof Lee turut mengugut
Prof Shin, jika dia adukan hal menyuruh para pelatih doktor wanita dalam kursus
berkenaan menjadi pelayan kepada maharaja, dia turut akan mendedahkan kisah
silam Prof Shin yang pernah tersalah memberi diagnosis kepada salah seorang
pegawai kesayangan maharaja hingga menyebabkan kematian. Dia juga mengugut Prof
Shin ada niat buruk kerana beria-ia melatih calon-calon doktor perempuan berbanding
dinaikkan pangkat..kononnya macam Prof Shin ni pervert lah..
Doktor Jung dan Doktor
Jangduk juga kesal kerana mereka tidak dapat membantu dalam hal ini. Jang Geum
rasa sangat sedih kerana impiannya untuk kembali ke istana sudah kelihatan
berkecai. Dia cuba mencari Min Jung Ho untuk menenangkan dirinya, namun Min
Jung Ho tiada di rumah.
Prof Shin menerima
tekanan untuk memberikan gred yang terakhir. Dia berfikir panjang-panjang malam
itu... berfikir dalam-dalam.
Akhirnya..
Keesokan harinya, hari
yang ditunggu-tunggu. Hari terakhir latihan a.k.a hari pengumuman keputusan
keseluruhan. Orang pertama yang disebut
sebagai calon mendapat 3 gred gagal, Shin Bi. Kedua, Jang Geum. Memenuhi niat
Prof Lee yang tidak berpuas hati dengan mereka berdua.
Seterusnya...suasana jadi
gamat apabila satu demi satu nama disebut dan kesemuanya gagal! ini koleksi muka terkejut:
Dan yang paling manang:
Pegawai Tertinggi dari
istana sangat marah apabila mengetahui kesemua calon gagal, ini kerana kerajaan
telah membelanjakan sejumlah wang dalam mengadakan kursus berkenaan. Beliau akhirnya
mengambil keputusan menguji sendiri calon-calon berkenaan. Maka, ujian ulangan
dibuat.
Amat memeranjatkan si
beliau kerana ternyata batch kali ini lebih baik berbanding yang lepas-lepas. Apatah
lagi Jang Geum didapatinya sangat baik dari segi kemahiran perubatan mahupun
teori. Setelah disoal-siasat, diketahui ia berpunca daripada Prof Lee yang
memberi arahan kepada para pelatih menjadi pelayan dan menggunakan situasi ini
dalam sistem pemberian gred. Maharaja yang dimaklumkan hal ini sangat murka
kerana telah diarahkan sebelum ini agar doktor wanita tidak disuruh berbuat
demikian. Maharaja mengeluarkan arahan agar tiada doktor wanita yang disuruh
menjadi pelayan di masa akan datang.
Hari konvo pun tiba. Ada yang
dihantar ke hospital komuniti dan ada yang ke hospital kem tentera. Pelajar terbaik
akan dihantar ke hospital diraja dalam istana. Ketika tiba giliran Jang Geum, dia
bukan sahaja menerima skrol, malah...
Pas keluar-masuk istana! Cool
kan... bagi saya, ini jauh lebih cool daripada jadi wanita istana yang asyik
terperap dalam istana dan tidak boleh keluar kecuali mendapat kebenaran. Shin
Bi turut mendapat tempat di hospital diraja.
Paling sweet bila Min
Jung Ho sendiri datang menjemput Jang Geum. Boleh lagi diaorang gurau-gurau. =p
Min Jung Ho menyatakan
pasti keadaan Jang Geum tidak sama seperti dahulu walaupun bakal kembali ke
istana. Jang Geum bagaimanapun bersedia meskipun tahu dia masuk ke istana kali
ini dengan status yang lebih rendah..(?) mak aii.. kalau zaman sekarang,
belajar medic tu gempak la. Bila tahu status doktor wanita ni lebih rendah
daripada wanita istana, wah.. (speechless)
Doktor Jangduk rupanya
duduk terus di rumah keluarga angkat Jang Geum. Sudah tentu yang paling bengang
bini Duk Goo. Tapi jangan lupa Doktor jangduk di sama ‘kerek’ macam bini Duk
Goo ni. Jadi, memang meriahlah rumah dibuatnya sebab asyik gaduh. Doktor
Jangduk sendiri berpesan kepada Jang Geum bahawa doktor wanita bukan seperti
doktor lelaki yang dipandang tinggi. Apatah lagi di istana, pasti Jang Geum
bakal menempuhi banyak dugaan. Malam itu, merasalah Jang Geum tidur dalam bilik
yang dibina sendiri oleh Min Jung Ho.
Keesokan hari, bermulalah
tugas baru Jang Geum di istana. Setelah sekian lama, akhirnya dia kembali ke
istana. Bercampur-baur pulak perasaan tengok dia kembali melangkah masuk ke
istana. Sesekali dia bertembung dengan wanita-wanita istana, dia kena tunduk
hormat..maklumlah, statusnya lebih rendah.
Dia dan Shin Bi ‘dibuli’
oleh doktor wanita senior dengan menyuruh mereka melayan karenah wanita istana
yang mengalami masalah. Shin Bi agak bengang apabila sebenarnya wanita istana
yang mereka rawat itu tidak sakit, cuma mempunyai sedikit masalah wajah dan
lenguh-lenguh kaki. Ketika Shin Bi enggan melayan karenah diva wanita istana
berkenaan...habis mereka dimaki hamun. Jang Geum segera menenangkan keadaan dan
merendahkan dirinya dan bersedia melakukan apa yang disuruh.
Ketika mendapatkan herba,
Shin Bi yang masih sakit hati berkata mereka sepatutnya menyelamatkan orang,
bukannya melayan karenah sebegitu. Jang Geum menyatakan, suatu ketika dahulu
dia pernah menjadi wanita istana dan ini mengejutkan Shin Bi. (tapi dulu-dulu
Jang Geum takdelah diva macam minah tu..)
Bukan sahaja tolong basuh
kaki, tolong urut... namun Jang Geum siap bagi tips-tips penjagaan kecantikan. Sampai
ternganga mulut sorang tu tengok Jang Geum,hahaha. Sampai ke malam mereka
dibuli oleh wanita-wanita istana berkenaan.
Selepas selesai tugas
tersebut dan mereka dalam perjalanan balik, mereka dikejutkan dengan satu
mesyuarat tergempar. Jang Geum yang sudah maklum keadaan tersebut (kerana
pernah melalui kehidupan sebagai wanita istana) tahu jika ada keluarga diraja
yang menghadapi masalah kesihatan, satu mesyuarat khas yang dihadiri para
doktor diraja, pegawai, wanita pertama dan wanita tertinggi.
Ketika tiba di bilik
mesyuarat, mereka masih menantikan kehadiran wanita pertama. Dan, inilah wanita
istana pertama...
Geum Young! Yang terkejut
melihat kehadiran Jang Geum di bilik berkenaan. Jang Geum sudah tentu turut
terkejut melihat Geum Young yang menjawat jawatan tersebut. Hah, baru berapa
tahun Jang Geum meninggalkan istana..di mana ya Puan Choi?